MammaBunz ada hampir 50 cawangan seluruh Malaysia TAPI hanya 1 lokasi ada sijil halal iaitu di Tmn Perindustrian Ehsan Jaya Kepong. Sijil ini TIDAK BOLEH digunakan sebagai sijil halal untuk lokasi lain. Semakan di portal Jakim dibuat guna keyword “MAMMABUNZ”, “GOLD MILL”, “BEST BAKERY” dan “MAMMAROTI.” Kesemua keywords ini mewakili nama kedai serta nama pemilik iaitu “MAMMABUNZ BAKERY SDN BHD”, “GOLD MILL BAKERY SDN BHD”, “BEST BAKERY WORLDWIDE SDN BHD” dan nama asal kedai ini iaitu MammaRoti.
Ini ialah semakan kali pertama dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 24 May 2023.
SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
- 24 May 2023 (Hanya lokasi di Tmn Perindustrian Ehsan Jaya Kepong ada sijil halal).
Menu
- Chocolate Chips
- Krim Kopi (Topping M/B)
- Krim Mentega (Topping B/Q)
- Pastri Tart (Tart Pastry)
- Roti Kopi (Mexican Bun)
- Roti Mentega (Butter Queen)
- Telur Kastard (Custard Egg)
- Thousand Layers Egg Tarts