Tiada rekod sijil halal untuk Baskin Robbins di portal Jakim; bermaksud kesemua cawangan TIADA sijil halal. Keywords untuk semakan ialah “BASKIN ROBBINS” dan “GOLDEN SCOOP”; mewakili nama cafe ini serta nama pemegang franchise iaitu “GOLDEN SCOOP SDN BHD”.
Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa setiap premis makanan perlu ada sijil halal sendiri dan TIDAK BOLEH guna sijil halal produk sebagai sijil halal untuk premis makanan.
Bila sijil halal tiada; ini juga bermaksud tiada audit dan pengesahan dari Jakim berkaitan kesahihan sijil halal yang dirujuk cafe ini; jadi kita tiada jaminan bahawa ice cream serta cake di cafe ini benar-benar halal.
Saya secara peribadi berpandangan; cafe ini sepatutnya mencontohi franchise antarabangsa seperti McDonalds, KFC dan Dominos yang menuruti syarat Jakim dan ambil sijil halal untuk setiap lokasi. Tambahan pula kos sijil halal terlalu kecil berbanding pulangan tahunan untuk pemegang franchise.
Ini ialah semakan kali pertama dalam tahun 2023 dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 18 April 2023.
Sedikit PENGUMUMAN: Sekiranya anda bercadang untuk menderma samada untuk diri atau ibu bapa, saya cadangkan anda derma untuk NAIK TARAF KARPET & KEMUDAHAN MASJID ALWI Kangar Perlis. Derma boleh dibuat terus ke akaun masjid (Bank Muamalat – 09010000024711 di bawah nama Jawatankuasa Kariah Masjid Alwi). Untuk sokong usaha JomHalal pula, sumbangan boleh disalurkan melalui link “Sponsor JomHalal”.
Terima kasih
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal
Rekod Semakan
- 18 April 2023 (Tiada sijil halal).
Menu
- Midnight Chocolate
- Amazin Raisin
- Banana
- Baseball Nut
- Blue Raspberry Sherbet
- Caramel Chocolate Crunch
- Caramel Praline Cheesecake
- Caramel Turtle Truffle(NSA)
- Chocolate Chip Cookie Dough
- Chocolate
- Chocolate Almond
- Chocolate Chip
- Chocolate Cookie Crackle
- Chocolate Mousse Royale
- Chocolate Trilogy
- Citrus Twist Ice
- Coconut
- Cookies n Cream
- Cotton Candy
- Gold Medal Ribbon
- Green Tea
- Hokey Pokey
- Jamoca
- Jamoca Almond Fudge
- Love Potion #31
- Macadamia Nuts ‘n Cream
- It Takes Two To Mango
- Maui Brownie Madness
- Mint Chocolate Chip
- NSA Chocolate Chip
- NSA Chocolate Overload
- Nutty Salted Caramel
- Old Fashioned Butter Pecan
- Peanut Butter N Chocolate
- Rainbow Sherbet
- Rockin Road
- Strawberry Cheesecake
- Vanilla
- Very Berry Strawberry
- World Class Chocolate