Skip to content

Ali Muthu Ah Hock halal ke?

Cafe Ali, Muthu, Ah Hock ada sijil halal untuk 1 lokasi saja iaitu di Tmn. Tun Dr Ismail, KL. Skop sijil halal telah bertambah dari 3 produk kepada 32 bahan/produk, tetapi masih dihadkan untuk 1 lokasi saja (Tmn Tun Dr Ismail). Keywords untuk semakan di portal Jakim ialah “ALI, MUTHU”, “MUTHU” dan “GEMPAK” mewakili nama cafe ini serta nama pemilik iaitu “NASI LEMAK GEMPAK SDN BHD”.

Ini ialah semakan kali ke-4 dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 14 Jun 2023.

SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.

Terima kasih
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
  1. 24 Sept 2021 (Tiada sijil halal)
  2. 11 Jan 2022 (1 lokasi ada sijil halal; tidak semua menu termasuk dalam sijil halal)
  3. 7 April 2023 (1 lokasi ada sijil halal iaitu Tmn Tun Dr Ismail; hanya 3 produk saja disahkan halal iaitu White Coffee Original, White Coffee Less Sugar dan White Coffee No Sugar).
  4. 14 Jun 2023 (Skop sijil halal bertambah dari 3 produk ke 32 produk/bahan Tetapi skop sijil masih dihadkan untuk 1 lokasi saja iaitu Tmn Tun Dr Ismail).
Cawangan
  1. Bangsar South.
  2. Jalan Dang Wangi.
  3. KL East Mall.
  4. Oasis Damansara.
  5. Petaling Street.
  6. PJ33.
  7. Publika.
  8. Taman Tun Dr Ismail.
  9. UOA Business Park.
Menu
  1. Bawang Goreng 
  2. Bawang Kisar 
  3. Bawang Putih Kisar 
  4. Bijan Goreng 
  5. Cili Kicap Soto Ayam 
  6. Cili Kisar 
  7. Cucur Sayur 
  8. Cucur Tepung Rangup 
  9. Halia Kisar 
  10. Ikan Bilis Goreng 
  11. Kacang Goreng 
  12. Kerisik 
  13. Kicap Mee 
  14. Lobak Merah Potong 
  15. Pes Ali-Nasi Goreng 
  16. Pes Kari Ayam 
  17. Pes Lontong 
  18. Pes Mee Rebus 
  19. Pes Rendang 
  20. Pes Soto 
  21. Sambal Mee Udang 
  22. Sambal Sotong 
  23. Sambal Tumis 
  24. Serai Kisar 
  25. Sos Hainan 
  26. Sotong Rebus 
  27. Tepung Ayam Goreng 
  28. Tepung Ayam-Chicken Chop 
  29. Tepung Roti Jala 
  30. White Coffee Less Sugar /Kopi Putih Kurang Gula 
  31. White Coffee No Sugar / Kopi Putih Tak Mau Gula  
  32. White Coffee Original /Kopi Putih Asli