Portal Jakim tidak ada rekod sijil halal untuk Uncle Don’s bermaksud kesemua cawangan restoren ini TIADA sijil halal. Keyword untuk semakan ialah “UNCLE DON”; mewakili nama restoren ini serta nama pemilik iaitu “UNCLE DON’S RESTAURANTS SDN BHD”.
Menurut website restoren ini; ia telah disenarai pendek sebagai “THE BEST BEER BAR IN KL” bermaksud ada cawangan yang menghidangkan minimun keras.
Status halal makanan di restoren ini juga AMAT DIRAGUI; sebab ada cawangan dilihat menghidangkan lebih dari 10 menu makan berasaskan DAGING BABI seperti “WILD BOAR CURRY” bermaksud “Kari Babi Hutan”, “PORK BURGER” atau “Burger Daging Babi”, “GRILLED PORK CHOP” atau Grilled Daging Babi dan beberapa lagi menu berasaskan Daging Babi.
Sebab restoren ini TIDAK ADA SIJIL HALAL; kita tiada jaminan dari Jakim bahawa Tiada percampuran antara daging babi dengan bahan-bahan lain sewaktu proses penyediaan bahan makanan untuk kesemua cawangan restoren ini.
Saya secara peribadi; sebagai seorang Muslim akan jauhi restoren ini dan cari alternatif lain yang jelas status halalnya.
Ini ialah semakan kali pertama dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 19 April 2023.
SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
- 19 April 2023 (Tiada sijil halal & status halal makanan amat diragui sebab ada menu berasaskan Daging Babi).
Menu
- Wild Boar Curry
- Sambal Kapitan Pork Belly
- Grilled Pork Chop
- Butter Rice Pork Chop
- Sizling Sisig (ground pork).
- German Pork Steak
- Pork Leg Stew
- Pork Steak
- Italian Grilled Pork Belly
- Australia Sticky Pork Ribs
- Crispy Pork Knuckle
- Pork Burger
- Pork Ham Sandwich
- Pork Bacon
- Pork Ribs
- Spicy Fried Rice
- Malacan Portugese Spicy Noodles
- Don’s Spicy Fried Maggi Noodles
- Spaghetti Bolognaise
- Spaghetti Aglio Olio
- Spaghetti Carbonara
- Spaghetti Devil Curry
- Fish & Chips
- Nasi Lemak
- Chili Padi Chicken
- Devil’s Curry
- Kung Pao Claypot