Skip to content

Sebab tidak boleh mohon sijil halal.

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.6 – TIDAK LAYAK MEMOHON. Prosedur ini menerangkan sebab-sebab anda tidak dibenarkan mohon sijil halal.

Mana-mana permohonan yang berikut adalah TIDAK LAYAK:

(1) Produk dan menu yang tidak halal;

(2) Syarikat yang mengeluar dan/ atau mengedar produk halal dan tidak
halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan);

(3) Penggunaan jenama yang sama bagi produk atau perkhidmatan halal
dan tidak halal (tertakluk kepada pemakaian di Malaysia);

(4) Produk atau perkhidmatan yang tidak memiliki standard atau garis
panduan untuk dijadikan rujukan;

(5) Produk atau premis makanan yang memberi implikasi negatif
terhadap agama dan sosial seperti dadah, shisha, rokok, pewarna
rambut, pewarna kuku, pusat karaoke, pusat hiburan dan lain-lain;

(6) Produk semulajadi yang tidak diproses, tidak diubahsuai serta tiada
pembungkusan dan pelabelan digunakan seperti ikan segar, sayur-
sayuran segar, telur segar dan seumpama dengannya;

(7) Penggunaan nama syarikat, produk, menu dan jenama yang merujuk
kepada produk tidak halal atau sinonim atau menyerupai dengan
produk tidak halal atau apa-apa istilah mengelirukan seperti ham, bak
kut teh, bacon, beer, rum, hot dog, char siew dan seumpama
dengannya; (Rujuk LAMPIRAN A)

(8) Produk siap dalam dan luar negara yang dilabel semula tanpa
menjalani sebarang proses di Malaysia;

(9) Premis makanan yang menyediakan menu yang tidak halal;

(10) Produk di peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang
masih belum sedia dikomersialkan;

(11) Produk, menu dan perkhidmatan yang boleh membawa kepada
penyelewengan akidah, perkara khurafat dan penipuan;

(12) Hotel yang mempunyai dapur yang menyediakan atau menyajikan
menu berasaskan babi; dan

(13) Produk yang tiada keperluan untuk dipersijilkan halal dan/ atau boleh
menimbulkan kekeliruan sekiranya dipersijilkan halal seperti baja,
kertas, simen, jubin, racun serangga, permaidani dan lain-lain.