Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.5 – SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN. Prosedur ini menerangkan syarat-syarat yang mesti anda penuhi sebagai pemohon sijil halal.
Setiap permohonan hendaklah memenuhi syarat dan kriteria yang berikut:
(1) Memiliki Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang masih sah daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Perakuan Pendaftaran Koperasi
di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Dokumen Penubuhan
di bawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing dan lain-
lain agensi Kerajaan (yang mana berkaitan);
(2) Memiliki lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan
atau surat sokongan yang masih sah daripada mana-mana agensi
Kerajaan;
(3) Memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah
daripada BKKM (jika berkaitan);
(4) Memiliki Skim Pensijilan Veterinar atau surat perakuan atau surat
sokongan yang masih sah daripada JPV (jika berkaitan);
(5) Memiliki Lesen Pengilang yang masih sah daripada NPRA (jika
berkaitan);
(6) Memiliki Lesen Establismen yang masih sah daripada MDA (jika
berkaitan);
(7) Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurang tiga (3) bulan sebelum
membuat permohonan SPHM bagi permohonan baharu;
(8) Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya satu (1) bulan di premis
baharu bagi syarikat yang berpindah lokasi;
(9) Mengeluar dan/ atau mengendalikan produk halal sahaja termasuklah
produk dagangan (trading product) serta mematuhi piawaian halal
yang ditetapkan;
(10) Membuat permohonan SPHM ke atas semua jenis produk atau menu
yang masih dihasilkan di premis berkenaan;
(11) Mengemukakan sijil halal yang diiktiraf dan masih sah laku bagi
permohonan pembungkusan semula produk; atau mengemukakan
dokumen sokongan yang jelas menyatakan sumber bahan (bagi
bahan semula jadi sahaja); dan
(12) Nama syarikat, produk, menu, ramuan dan jenama produk yang
dimohon hendaklah tidak menggunakan pernyataan ‘halal’ atau
sebarang representasi atau diperihalkan dengan cara lain untuk
menunjukkan ia boleh digunakan oleh orang Islam.