Skip to content

Syarat khusus sijil halal untuk produk farmaseutikal.

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.18 (3) – KEPERLUAN KHUSUS UNTUK SIJIL HALAL PRODUK FARMASEUTIKAL. Prosedur ini menerangkan 5 syarat khusus yang mesti dipenuhi untuk sijil halal jenis ini.

(a) Setiap produk farmaseutikal hendaklah berdaftar dengan PBKD;

(b) Premis yang memproses dan menghasilkan produk farmaseutikal hendaklah memiliki Lesen Pengilang daripada NPRA serta memenuhi keperluan GMP;

(c) Produk farmaseutikal yang layak dipersijilkan halal adalah di bawah kategori yang berikut:
(i) Produk racun berjadual;
(ii) Produk bukan racun berjadual (over-the-counter);
(iii) Produk suplemen kesihatan; atau
(iv) Produk semulajadi (Ubat-ubatan tradisional dan komplementari).

(d) Keperluan MS 2424:2019 Halal Pharmaceuticals-General Requirements (First Revision), Sale of Drugs Act 1952, Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984, Drug Registration Guidance Document (DRGD) serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah dipatuhi; dan

(e) Keperluan pekerja Muslim hendaklah dipatuhi dan MHMS hendaklah dilaksanakan secara berkesan dengan memenuhi elemen yang berikut:

(i) Industri Besar dan Sederhana
a. Minimum dua (2) orang pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;
b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di setiap cawangan premis;
c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi premis dan setiap cawangan premis yang mempunyai pengurusan operasi berbeza; dan
d. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

(ii) Industri Kecil
a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;
b. Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis; dan
c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.

(iii) Industri Mikro
a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif; dan
b. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.