Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.18 (5) – KEPERLUAN KHUSUS UNTUK SIJIL HALAL PRODUK BARANG GUNAAN. Prosedur ini menerangkan 3 syarat khusus yang mesti dipenuhi untuk sijil halal jenis ini.
(a) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah memastikan produk yang dimohon SPHM terdiri daripada produk siap dan/ atau separa siap yang boleh memberi manfaat kepada pengguna selain daripada produk makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal dan peranti perubatan atau produk yang tidak mempunyai skim pensijilan khusus yang menepati kriteria di bawah:
(i) TIDAK Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan atau ramuan yang berkemungkinan daripada sumber halal atau tidak halal, seperti barangan kulit, bahan pencuci dan penapis air; atau
(ii) Digunakan sebagai bahan bantuan pemprosesan (processing aids) dalam proses pengilangan atau pembuatan produk di bawah skim Pensijilan Halal Malaysia, seperti bleaching earth, tawas dan gas; dan
(iii) Tidak menimbulkan kekeliruan sekiranya dipersijilkan halal;
(iv) Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berwibawa.
(b) Keperluan MS 2200-2:2013 Islamic Consumer Goods-Part 2: Usage of Animal Bone, Skin and Hair-General Guidelines, MS 2565:2014 Halal Packaging-General Guidelines, MS 2594:2015 Halal Chemicals For Use In Potable Water Treatment-General Guidelines (yang mana berkaitan) serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah dipatuhi; dan
(c) Keperluan pekerja Muslim hendaklah dipatuhi dan MHMS hendaklah dilaksanakan secara berkesan dengan memenuhi elemen yang berikut:
(i) Industri Besar dan Sederhana
a. Minimum dua (2) orang pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;
b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di setiap cawangan premis;
c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi premis dan setiap cawangan premis yang mempunyai pengurusan operasi berbeza; dan
d. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.
(ii) Industri Kecil
a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;
b. Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis; dan
c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.
(iii) Industri Mikro
a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif; dan
b. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.