Skip to content

Syarat khusus sijil halal untuk premis makanan.

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.18 (4) – KEPERLUAN KHUSUS UNTUK SIJIL HALAL PREMIS MAKANAN. Prosedur ini menerangkan 9 syarat khusus dan 1 syarat tambahan yang mesti dipenuhi untuk sijil halal jenis ini.

9 SYARAT KHUSUS.

(a) Memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM;

(b) Setiap pengendali makanan hendaklah memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf oleh KKM;

(c) Setiap pengendali makanan hendaklah mendapatkan suntikan vaksinasi anti tifoid yang masih sah daripada pengamal perubatan berdaftar;

(d) Keperluan MS 1500:2019 Halal Food-General Requirements (Third Revision), Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah dipatuhi;

(e) Premis makanan yang mempunyai dapur berpusat hendaklah memiliki SPHM terlebih dahulu di bawah skim produk makanan dan minuman;

(f) Premis makanan berangkai yang menggunakan jenama yang sama hendaklah membuat permohonan SPHM bagi setiap rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat;

(g) Menu yang diisytiharkan pada borang permohonan MYeHALAL hendaklah sama sepertimana dinyatakan pada paparan menu;

(h) Memohon SPHM bagi semua menu yang disediakan di premis makanan. Menu yang tidak diisytiharkan hendaklah dibuat permohonan penambahan menu;

(i) MHMS hendaklah dibangun dan dilaksanakan secara berkesan dengan merujuk kepada Manual MHMS 2020;

1 SYARAT TAMBAHAN.

Untuk Hotel (Dapur dan/ atau Restoran) – Prosedur No.18(4)(j)(i).

a. Minimum dua (2) orang pekerja Muslim berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap dapur dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik bagi setiap cawangan hotel;

c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi setiap cawangan hotel;

d. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

e. Senarai semua dapur dan/ atau restoran yang beroperasi di hotel hendaklah dikemukakan;

f. Penentuan bilangan dapur hotel yang dimohon SPHM hendaklah berdasarkan kawasan atau ruang dapur yang memiliki laluan keluar masuk (entry access) yang khusus atau spesifik; (Rujuk LAMPIRAN B)

g. Dapur yang dipersijilkan halal hendaklah mempunyai pengasingan yang jelas dengan dapur yang tidak dipersijilkan halal serta mempunyai mekanisme kawalan halal yang berkesan;

h. Makanan dan minuman yang dibekalkan untuk peserta program dan penginap hotel hendaklah dari dapur yang memiliki SPHM;

i. Hidangan dari dapur yang dipersijilkan halal hendaklah tidak bercampur dengan hidangan dari dapur yang tidak dipersijilkan halal; dan

j. Makanan dan minuman yang dibekalkan ke restoran yang dipersijilkan halal hendaklah dari dapur yang memiliki SPHM termasuklah dapur terbuka (open kitchen).

Untuk Restoren atau Kafe, Kantin dan Kedai Bakeri – Prosedur No.18(4)(j)(ii).

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis makanan;

c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

d. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan

e. Syarikat dan/ atau pemohon yang mempunyai minimum tiga (3) restoran atau kafe, kantin dan kedai bakeri menggunakan jenama sama hendaklah memenuhi keperluan premis makanan berangkai [klausa 18 (4) (j)(iii)].

Untuk Premis Makanan Berangkai – Prosedur No.18(4)(j)(iii).

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di peringkat pengurusan syarikat atau dapur berpusat;

c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan di peringkat pengurusan syarikat atau dapur berpusat; dan

d. HAS hendaklah dibangun di peringkat pengurusan syarikat dan dilaksana di setiap premis makanan berdasarkan Manual MHMS 2020.

Untuk Katering dan/ atau Khidmat Penyajian Makanan dan Dapur Pusat Konvensyen – Prosedur No.18(4)(j)(iv).

a. Industri Besar dan Sederhana
i. Minimum dua (2) orang pekerja Muslim berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap
dapur atau penyediaan makanan dan minuman sepanjang tempoh operasi atau syif;
ii. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di setiap premis makanan;
iii. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi premis makanan dan setiap
cawangan premis makanan yang mempunyai pengurusan operasi berbeza;
iv. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;
v. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan
vi. Permohonan hendaklah merangkumi keseluruhan dapur premis.

b. Industri Kecil
i. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;
ii. Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis makanan;
iii. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;
iv. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan
v. Permohonan hendaklah merangkumi keseluruhan dapur premis.

Untuk Premis Bergerak – Prosedur No.18(4)(j)(v).

a. Syarikat dan/ atau pemohon yang membuat permohonan SPHM hendaklah menjalankan penyediaan dan pemprosesan sepenuhnya di premis bergerak berkenaan atau memiliki dapur berpusat;

b. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh
operasi atau syif;

c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

d. Premis hendaklah beroperasi mengikut lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan;

e. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal;

f. Tempat simpanan khusus (seperti stor simpanan) untuk bahan ramuan dan peralatan hendaklah disediakan bagi premis bergerak yang menjalankan penyediaan dan pemprosesan sepenuhnya di premis bergerak tersebut; dan

g. Syarikat dan/ atau pemohon yang mempunyai minimum tiga (3) premis bergerak jenama sama hendaklah memenuhi keperluan premis makanan berangkai [klausa 18 (4) (j) (iii)].

Untuk Kafeteria di Medan Selera (Pengurusan Secara Berpusat) – Prosedur No.18(4)(j)(vi).

a. Permohonan SPHM hendaklah diuruskan oleh pihak pengurusan medan selera;

b. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh
operasi atau syif;

c. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di peringkat pengurusan;

d. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan. Wakil penyewa medan selera hendaklah menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa Halal Dalaman;

e. HAS hendaklah dibangun di peringkat pengurusan dan dilaksana di setiap premis makanan berdasarkan Manual MHMS 2020; dan

f. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal.

Untuk Kiosk – Prosedur No.18(4)(j)(vii).

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

c. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan

d. Syarikat dan/ atau pemohon yang mempunyai minimum tiga (3) kiosk menggunakan jenama sama hendaklah memenuhi keperluan premis makanan berangkai [klausa
18 (4) (j) (iii)].