Sukiya Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Sukiya halal? Soalan status halal Sukiya ini > ada 2 restoren Sukiya > dirujuk pada rekod JAKIM 2021 untuk pastikan anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: 5 DIS 2021 (SEMAKAN KE-4).

INFO PENTING :

Ada 2 Sukiya di Malaysia.

Sekurang-kurangnya ada 2 restoren makanan yang menggunakan nama yang sama dengan sedikit perbezaan pada ejaan.

Info ini amat penting untuk anda tahu.

#1 > Jenama yang pertama dieja dengan nama “SUKIYA”, dimiliki oleh “ZENSHO FOODS MALAYSIA SDN BHD” dengan tagline “TOKYO BOWLS & NOODLES” dan logo seperti dibawah ini.

Sukiya Bowls and Noodles
Sukiya Tokyo Bowl and Noodles 2

#2 > Jenama yang kedua pula, walau sebutan sama, tetapi dieja dengan cara sedikit berbeza iaitu sebagai “SUKI-YA” dan jenama ini pula dimiliki oleh “SUKIYA SDN BHD”, dengan tagline “EAT ALL YOU CAN SUKIYAKI & SHABU SHABU” dan logo seperti dibawah ini.

Sukiya Eat All You Can Sukiyaki and Shabu shabu
Sukiya Eat All You Can Sukiyaki and Shabu Shabu 2

Mengapa pencerahan ini perlu?

Oleh kerana kedua-dua restoren makanan Jepun ini menggunakan nama yang sama sebutannya, amat penting untuk kita bezakan restoren-restoren ini.

Jadi, bila kita ditanya atau ingin jawab sendiri soalan ini, “Sukiya halal ke tak?“, kita akan tahu menjawab balik “Sukiya yang mana satu? Ada 2 Sukiya kat Malaysia ni”.

Ulasan status halal untuk setiap “Sukiya” disediakan dibawah ini.

Adakah Sukiya Tokyo Bowls & Noodles Halal?

Ulasan status halal ini telah dikemaskini pada 5 Dis 2021 dan merujuk kepada restoren Sukiya yang ini.

Sukiya Tokyo Bowl and Noodles 2

Gambar yang sama seperti di atas dipaparkan kembali supaya jelas yang status halal ini merujuk kepada restoren Sukiya seperti gambar diatas.

Untuk jawab soalan samada restoren Sukiya yang ini halal, semakan telah dibuat di portal Jakim menggunakan perkataan “SUKIYA” dan “ZENSHO”.

Kedua-dua perkataan ini dipilih kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemilik restoren makanan Jepun ini iaitu “ZENSHO FOODS MALAYSIA SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI tidak untuk semua cawangan.

Hanya 15 dari 17 cawangan saja dilihat ada perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

Di bawah ini ialah senarai penuh cawangan Sukiya Tokyo Bowls & Noodles yang telah disahkan halal oleh Jakim.

JOHOR.

  1. Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bharu, Johor.

KEDAH.

  1. Aman Central, Alor Setar.

MELAKA.

  1. Aeon Bandaraya Melaka.
  2. Mahkota Parade.

KUALA LUMPUR.

  1. Aeon Taman Maluri Cheras.
  2. Eco City Mall, Jalan Bangsar.
  3. Mid Valley.
  4. Mont Kiara 163.
  5. Sunway Putra Mall, Jalan Putra.
  6. Sunway Velocity Cheras.

PUTRAJAYA.

  1. IOI Mall.

SELANGOR.

  1. I-City Mall, Shah Alam.
  2. IOI Mall, Puchong.
  3. Paradigm Mall, Petaling Jaya.
  4. Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Untuk makluman, syarikat Zensho turut memiliki cafe Suki Cha. Anda boleh lihat ulasan halal di sini:

> Status Halal Suki Cha.


Semakan terdahulu untuk Sukiya Tokyo Bowls & Noodles pernah dibuat pada 14 Jun 2021, 17 Ogos 2021 dan 22 Sept 2021.

Jumlah cawangan yang ada sijil halal pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu 15 cawangan.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Adakah Suki-Ya “Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu” Halal?

Ulasan status halal ini telah dikemaskini pada 5 Dis 2021 dan merujuk pada restoran yang dieja sebagai “SUKI-YA” dengan logo dan imej seperti gambar di bawah ini.

Sukiya Eat All You Can Sukiyaki and Shabu Shabu 2

Gambar yang sama terpaksa dipaparkan kembali supaya jelas yang ulasan status halal ini adalah untuk restoran makanan Jepun Sukiya seperti gambar di atas.

Untuk jawab soalan samada restoren Sukiya ini halal atau tidak semakan telah dibuat di portal Jakim dengan keyword “SUKIYA” kerana nama ini ialah sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “SUKIYA SDN BHD”.

Berdasarkan semakan, TIADA rekod sijil halal ditemui untuk restoren Sukiya ini.

Ini juga bermaksud kesemua 9 cawangan “Sukiya – Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu” tiada perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?


Semakan terdahulu untuk Suki-Ya "Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu" pernah dibuat pada 14 Jun 2021, 17 Ogos 2021 dan 22 Sept 2021.

Status pada waktu itu adalah sama iaitu TIADA cawangan yang ada perakuan halal dari Jakim. 

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.