Apa Status Halal Restoren tu? Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke restoren atau cafe tu halal? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info yang sahih berkaitan status halal restoren dan cafe tersebut.

Kedai Ayamas.

Semakan status halal untuk restoren ini telah dibuat pada 13 September 2021 di portal Jakim di bawah kategori “Premis Makanan” dan menggunakan keyword “AYAMAS”. Ini adalah semakan status halal yang ke-2.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI tidak untuk semua cawangan.

Hanya 72 cawangan saja dilihat ada perakuan halal Jakim. Ini satu perubahan yang positif kerana sebelum ini iaitu pada semakan 2 Jun 2021 hanya 68 cawangan dilihat ada perakuan halal.

Cawangan yang ada perakuan halal terletak di lokasi ini.

> Lokasi Cawangan.
  1. Air Putih
  2. Alor Setar
  3. Aman Central
  4. Bandar Baru Ampang
  5. Bandar Baru Bangi
  6. Bandar Baru Selayang
  7. Bandar Baru Uda
  8. Bandar Puteri Puchong
  9. Bandar Sri Damansara
  10. Bandar Tasik Permaisuri
  11. Bangi Utama
  12. Bukit Baru
  13. Bukit Beruang
  14. Bukit Jelutong
  15. Bukit Sentosa
  16. Caltex Machang
  17. Centerpoint Seremban
  18. Dengkil
  19. Giant Batu Caves
  20. Giant Kuala Terengganu
  21. Gm Klang
  22. Ipoh
  23. Jitra
  24. Kajang
  25. Kangar
  26. Kelana Jaya
  27. Kinrara
  28. Klang
  29. Kota Damansara
  30. Kota Kemuning
  31. Kpj Tawakal
  32. Kuala Terengganu
  33. Lestari Perdana
  34. Lukut
  35. Matahari Mall
  36. Medan Gopeng
  37. Melawati
  38. Meru
  39. Pasir Gudang
  40. Pasir Putih
  41. Prima Saujana
  42. Puchong Kinrara
  43. Puchong Permai
  44. Puchong Utama
  45. Sacc Mall
  46. Saujana Utama
  47. Selayang
  48. Senawang
  49. Seremban
  50. Seremban 2
  51. Seri Putra
  52. Setiawangsa
  53. Shah Alam
  54. Shell Taman Tasek
  55. Station 18 Ipoh
  56. Subang Jaya
  57. Sungai Dua
  58. Sungai Nibong
  59. Sungai Petani
  60. Suntex Cheras
  61. Taman Cheng
  62. Taman Jambu
  63. Taman Melawati
  64. Taman Tun Dr Ismail
  65. Taman Universiti
  66. Tapah
  67. Tasik Permaisuri
  68. Teluk Intan
  69. Ttdi Jaya
  70. Tuanku Haminah
  71. Ujong Pasir
  72. Ulu Kinta

Di bawah ini pula antara beberapa cawangan yang TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. I-City Shah Alam, Selangor.
  2. Johor Street Market, Tampoi.
  3. Kerteh, Terengganu.
  4. KL Convention Centre.
  5. Kuantan Medical Centre.
  6. Presint 2 (Tower A Suasana PJH), Putrajaya.
  7. Presint 15, Putrajaya.
  8. Shell Beserah Kuantan.
  9. Taipan USJ, Selangor.
  10. Taman Cukai Utama, Kemaman, Terengganu.
Kedai Ayamas
Imej ini dimiliki oleh Kedai Ayamas.

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Ahh Yum by Kampong Kravers.

Semakan status halal untuk restoren ini telah dibuat pada 10 Sept 2021 dengan menggunakan keywords “Ahh Yum” dan “Kampong”. Ini adalah semakan status halal yang ke-2.

Perkataan “Ahh Yum” digunakan kerana ia nama jenama restoren ini, manakala “Kampong” pula mewakili nama pemilik restoren ini iaitu “Kampong Kravers (M) Sdn Bhd”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI tidak untuk semua cawangan.

Hanya 8 cawangan saja dilihat ada perakuan halal.

Walau tidak semua cawangan ada perakuan halal, bilangan 8 cawangan ini dianggap sebagai perubahan yang positif kerana bilangan cawangan ada perakuan halal telah bertambah dari 5 ke 8 cawangan berbanding semakan terdahulu (31 Mei 2021).

Cawangan ada perakuan halal terletak di lokasi ini.

  1. Empire Shopping Gallery, Subang, Selangor.
  2. Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
  3. Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam Selangor.
  4. Setia Bakti, Damansara Height, Kuala Lumpur.
  5. Skypark Terminal, Subang, Selangor.
  6. Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
  7. Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
  8. Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ahh Yum
Imej ini dimiliki oleh Ahh Yum.

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Status Halal Restoren
Apa Status Halal Restoren tu? Halal ke Tak?

Perlukan bantuan untuk check status halal?

Ayam Penyet Best.

Semakan status halal untuk restoren ini telah dibuat pada 10 Sept 2021 menggunakan keywords “AYAM PENYET”, “QUALITY F&B” dan “SMART GREEN”. Ini adalah semakan status halal yang ke-2.

Perkataan “AYAM PENYET” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “AYAM PENYET BEST SDN BHD” dan “AYAM PENYET BAGUS SDN BHD”.

Perkataan “QUALITY F&B” juga digunakan kerana ia juga dilihat sebagai pemilik atau pengurus restoren ini.

Manakala, perkataan “SMART GREEN” pula digunakan kerana restoren ini dilihat diurus sebagai salah satu pengurus cawangan franchais restoren Ayam Penyet Best.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI tidak untuk semua cawangan.

Hanya 3 cawangan saja dilihat ada perakuan halal dari Jakim iaitu; satu jumlah yang amat kecil memandangkan jumlah cawangan sebenar restoren ini ialah 14 dan website restoren ini pula memaparkan logo halal.

Cawangan ada perakuan halal terletak di lokasi ini.

  1. AEON Maluri Cheras, Kuala Lumpur.
  2. Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  3. Sunway Putra, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Ini juga bermaksud, cawangan-cawangan lain yang tidak tersenarai TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Semakan status halal sebelum ini pernah dibuat pada 14 Julai 2021 dan waktu itu hanya 1 cawangan saja ada perakuan halal JAKIM.

Ayam Penyet Best
Imej ini dimiliki oleh Ayam Penyet Best.

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Hometown Yong Tau Foo.

Semakan status halal untuk restoren ini telah dibuat pada 13 Sept 2021 menggunakan keyword “HOME TOWN ” kerana perkataan ini sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “HOME TOWN YONG TOW FOO”.

Ini adalah semakan status halal yang ke-2.

Rekod sijil halal ditemui tetapi hanya untuk PRODUK yang dihasilkan oleh syarikat ini saja dan sijil halal ini pula terhad untuk lokasi kilang di mana produk tersebut dihasilkan.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk CAWANGAN-CAWANGAN restoren ini.

Ini juga bermaksud, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Menurut JAKIM, setiap cawangan restoren ini perlu mempunyai sijil halalnya sendiri. Syarat ini jelas dinyatakan pada Artikel 18 (4)(f)), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim.

Tanpa perakuan halal, kita tiada jaminan dari JAKIM yang makanan di setiap cawangan benar-benar berstatus halal.

Status halal untuk restoren ini tidak berubah dari semakan yang pernah dibuat oleh JomHalal pada 8 Julai 2021 iaitu cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Hometown Yong Tau Foo

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Sushi Brito.

Semakan status halal untuk restoren sushi ini telah dibuat pada 23 Sept 2021 menggunakan keyword “BRITO”. Ini adalah semakan status halal yang ke-3.

Perkataan “BRITO” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren dan juga sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “SUSHI BRITO PLT”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI tidak untuk semua cawangan.

Hanya cawangan di Spice Canopy, Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas Pulau Pinang saja dilihat ada perakuan halal dari Jakim.

Manakala cawangan di Taman Megah, Petaling Jaya; TIADA perakuan halal dari Jakim.

Semakan status halal sebelum ini pernah dibuat pada 29 Jun 2021 dan 3 Ogos 2021. Status halal pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu hanya 1 cawangan saja ada perakuan sijil halal dari Jakim.

Sushi Brito Pic 2
Apa Status Halal Restoren tu? Halal ke Tak?
Sushi Brito Pic 1
Imej ini dimiliki oleh Sushi Brito.

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Xixiang Kaya Kopitiam.

Status halal Kopitiam ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 13 Sept 2021 menggunakan perkataan “BILLION KITCHEN”. Ini semakan status halal yang ke-2.

Perkataan “BILLION KITCHEN” digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “BILLION KITCHEN SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui di portal Jakim.

Ini bermaksud kopitiam “Authentic Nanyang Flavours” ini tiada perakuan halal dari Jakim berdasarkan semakan yang dibuat. Status halal pada semakan sebelum ini iaitu pada 29 Jun 2021 sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Di bawah antara cawangan Xixiang Kaya Kopitiam.

1. Aman Central, Alor Setar, Kedah.
2. AEON Bukit Mertajam Pulau Pinang.
3. Gurney Paragon Mall, George Town, Pulau Pinang.
4. Jalan Idaman Avenue, Simpang Ampat, Pulau Pinang.
5. Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

XiXiang Kaya Kopitiam
Imej ini dimiliki oleh Xixiang Kaya Kopitiam.

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Homi Curry Puff.

Status halal cafe ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 4 Dis 2021 menggunakan keywords “HOMI” dan “CHACAMPUR”. Ini adalah semakan status halal yang ke-2. Semakan sebelum ini dibuat pada 31 Ogos 2021.

Perkataan “HOMI” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe curry puff ini.

Manakala “CHACAMPUR” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik cafe ini iaitu “CHACAMPUR SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk HOMI CURRY PUFF.

Ini bermaksud bakeri ini dan menu yang disajikan di setiap cawangannya tiada perakuan halal dari Jakim. Di bawah antara cawangan bakeri ini.

  1. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  2. AEON Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur.
  3. AEON Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.
Homi Curry Puff

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Pistachios Bakery.

Status halal bakeri ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 10 Sept 2021 menggunakan keyword “PISTACHIOS”. Ini adalah semakan status halal yang ke-3.

Perkataan “PISTACHIOS” digunakan kerana ia sebahagian dari nama bakeri ini serta nama pemiliknya iaitu “PISTACHIOS BAKERY SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui di portal Jakim untuk cawangan-cawangan bakery ini.

Ini bermaksud, menu di kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM. Di bawah antara cawangan bakeri ini.

KUALA LUMPUR:

1. 2b, Persiaran Permata, Taman Permata.
2. Wangsa Walk, Wangsa Maju.
3. No.24, Jalan 7/23e, Taman Danau Kota.
4. No.17G, Jalan Prima Setapak 5, Off, Jalan Genting Kelang.

SELANGOR:

1. 25, Jalan 57/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves.
2. 3, Jalan SG 1/6, Taman Sri Gombak, Batu Caves.
3. 10G, Jalan Wawasan 4/5, Bandar Baru Ampang.
4. Lot G05A, Ampang Point Mall, Selangor.

Status halal sebelum ini iaitu pada 13 Jun 2021 dan 12 Julai 2021 juga sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Pistachios Bakery

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Yoshinoya.

Status halal restoren ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 25 Ogos 2021 menggunakan keyword “YOSHINOYA”. Ini adalah semakan status halal yang pertama.

Perkataan “YOSHINOYA” digunakan untuk check status halal kerana ia sebahagian dari nama restoren makanan Jepun ini dan juga nama pemiliknya di Malaysia iaitu “YOSHINOYA HANAMARU MALAYSIA SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya 6 cawangan saja yang masih ada sijil halal yang sah.

Ini juga bermaksud, tidak kesemua cawangan restoren ini ada perakuan halal dari JAKIM.

Cawangan ada sijil halal seperti di bawah ini:

  1. AEON Shah Alam, Selangor.
  2. E Gate, Pulau Pinang.
  3. Gurney Plaza, Pulau Pinang.
  4. IOI City Mall, Putrajaya.
  5. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  6. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
Yoshinoya Pic 3
Apa Status Halal Restoren tu? Halal ke Tak?

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Status Halal Restoren
Apa Status Halal Restoren tu? Halal ke Tak?

Perlukan bantuan untuk check status halal?

Borenos.

Status halal restoren ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 13 September 2021 menggunakan keyword “BORENOS”. Ini semakan status halal yang ke-2.

Perkataan “BORENOS” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren Fast Food ini dan juga nama pemiliknya iaitu “BORENOS SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk restoren fast food ini.

Ini juga bermaksud, menu di kesemua cawangan restoren ini seperti di Kompleks Asia City Kota Kinabalu dan Plaza 22 Sabah; TIADA perakuan halal dari Jakim.

Status halal pada semakan sebelum ini iaitu pada 13 Jun 2021 juga sama.

Borenos

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Golden Valley.

Status halal restoren ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 12 September 2021 menggunakan keywords “GOLDEN VALLEY” dan “GLOBAL FOODS”. Ini semakan status halal yang ke-2.

Perkataan “GOLDEN VALLEY” telah digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Manakala perkataan “GLOBAL FOODS” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “GLOBAL FOODS SDN BHD”.

Sebagai info tambahan; selain dari Golden Valley, syarikat Global Foods Sdn Bhd turut memiliki 4 jenama lain seperti “Hanare”, “Royal Canton”, “Canton Fare” dan “Harley’s”.

Hasil semakan di portal Jakim tidak menemukan sebarang rekod sijil halal untuk restoren Golden Valley.

Ini juga bermaksud restoren ini serta menu yang disajikan di semua cawangannya, seperti di TTDI dan Melawati Mall Kuala Lumpur; TIADA perakuan halal dari Jakim.

Status halal pada semakan sebelum ini iaitu pada 3 Julai 2021 juga sama.

Restoren ini mengatakan ia berstatus halal kerana ia menggunakan bahan-bahan halal. TETAPI, tanpa perakuan halal dari JAKIM, kita tiada jaminan yang makanan di restoren ini benar-benar berstatus halal seperti yang di war-warkan oleh restoren ini.

Golden Valley

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Homie Yogurt.

Status halal cafe ini telah dirujuk di portal halal JAKIM pada 4 Dis 2021 menggunakan keyword “HOMIE”. Ini adalah semakan status halal ke-2. Semakan sebelum ini ialah pada 31 Ogos 2021.

Perkataan “HOMIE” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini serta nama pemiliknya iaitu “HOMIE ASIA SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui hanya untuk 1 cawangan saja iaitu untuk cawangan yang terletak di No 16, Jalan Todak 2, Seberang Jaya Pulau Pinang.

Ini juga bermaksud hanya cawangan di Jalan Todak ini saja diperakui halal oleh Jakim. Cawangan-cawangan lain selain dari Jalan Todak; seperti yang terletak di Kebun Bunga George Town TIADA perakuan halal dari Jakim.

Homie Yogurt

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

MHR Burger.

Status halal restoren ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 13 September 2021 menggunakan keyword “MHR”. Ini adalah semakan status halal ke-2. Semakan sebelum ini dibuat pada 4 Julai 2021.

Perkataan “MHR” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren Fast Food ini dan juga nama pemiliknya iaitu “MHR RICH SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui untuk MHR Burger dan sijil halal ini adalah untuk cawangannya di Medan Remis, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ini juga bermaksud menu yang dihidangkan di cawangan ini telah diperakui sebagai halal oleh Jakim.

MHR Burger

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Chuen Chicken Rice.

Status halal restoren ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 4 Dis 2021 menggunakan keywords ini “CHUEN” dan “NUE VENTURES”. Ini adalah semakan status halal yang ke-2. Semakan sebelum ini pernah di buat apad 24 Ogos 2021.

Perkataan “CHUEN” digunakan di portal halal JAKIM kerana ia sebahagian dari nama restoren makanan Hainan ini. Perkataan “NEU VENTURES” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemiliknya iaitu “NEU VENTURES MARKETING SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 cawangan saja iaitu untuk cawangan di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ini juga bermaksud, cawangan-cawangan lain seperti di Jalan Wan Kadir 2 TTDI Kuala Lumpur dan di VSQ PJ City Center Selangor TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Chuen Chicken Rice
Apa Status Halal Restoren tu? Halal ke Tak?

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Domremy.

Status halal cafe ini telah dirujuk di portal JAKIM pada 5 September 2021 menggunakan keyword “DOMREMY”. Ini adalah semakan status halal yang pertama.

Perkataan “DOMREMY” digunakan kerana ia sebahagian dari jenama bakeri dari Jepun ini dan juga nama pemiliknya iaitu “DOMREMY PASTRIES SDN BHD”.

Hasil semakan menunjukkan SIJIL HALAL untuk bakeri ini telah DITARIK BALIK OLEH JAKIM.

Ini bermakna, cafe ini dan cawangan-cawanganya sudah TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Domremy

Promosi Halal & Update?

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

>> Senarai Penuh 300 Status Halal.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.