Squid Boy Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua Squid Boy halal? Status halal cawangan Squid Boy dirujuk pada rekod Jakim 2021 untuk pastikan anda dapat info sahih & menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 11 SEPTEMBER 2021.

Untuk jawab soalan ini, semakan dibuat di portal Jakim pada 11 September 2021 menggunakan perkataan “SQUID” dan “DIN FUNG”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk cawangan-cawangan Squid Boy.

Ini juga bermaksud menu di kesemua cawangan fast food makanan Taiwan ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Squid Boy
Imej ini dimiliki oleh Squid Boy.
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “SQUID” untuk check status halal kerana ia sebahagian dari nama restoren fast food makanan Taiwan ini.

Manakala perkataan “DIN FUNG” pula digunakan kerana nama ini sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “DIN FUNG F&B SDN BHD”.

Seperti makluman, kesemua cawangan Squid Boy TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman di atas, cawangan-cawangan Squid Boy TIADA perakuan halal dari Jakim.

Senarai cawangan ini disediakan untuk anda sebagai rujukan tambahan.

Untuk makluman anda, senarai di bawah ini hanya sebahagian dari 21 cawangan Squid Boy.

Johor.

AEON Kulai, Johor.

Paradigm Mall, Skudai, Johor.

U Sentral Shopping Mall, Segamat, Johor.

Kedah.

Aman Central, Alor Setar, Kedah.

Amanjaya Sunga Petani, Kedah.

Kelantan.

AEON Kota Bharu, Kelantan.

Kuala Lumpur.

Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

MyTown Jalan Cochcrane, Kuala Lumpur.

Melaka.

Batu Berendam, Melaka.

Pulau Pinang.

Gurney Plaza Pulau Pinang.

GMart Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Putrajaya.

IOI City Mall, Putrajaya.

Selangor.

AEON Shah Alam Selangor.

Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Terengganu.

Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, Terengganu.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2020) terbitan JAKIM, setiap pemilik premis makanan berantai atau “chained fast food restaurant” seperti Squid Boy; hendaklah mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan sekiranya ingin mengatakan cawangan tersebut berstatus halal dan mempamerkan logo halal pada cawangan tersebut.

Walaupun pemilik restoren ini iaitu DIN FUNG F&B SDN BHD mempunyai sijil halal untuk PRODUK MAKANAN yang mungkin dihasilkan untuk restoren ini; pemilik TIDAK boleh menggunakan sijil halal untuk PRODUK MAKANAN sebagai sijil halal untuk premis makanan kerana fungsi dan skop kedua-dua sijil halal ini berbeza.

Sijil halal untuk PRODUK MAKANAN khusus untuk lokasi dimana produk makanan tersebut dihasilkan.

Manakala sijil halal untuk PREMIS MAKANAN khusus untuk lokasi dimana makanan disediakan dan dihidangkan pada pelanggan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA sijil halal, kita tidak dapat kepastian yang makanan disediakan untuk pelanggan hanya menggunakan bahan-bahan atau produk makanan yang telah diperakui halal oleh JAKIM.

Sumber Rujukan: Klausa 18 (4)(f), Keperluan Khusus – Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-3 untuk check samada Squid Boy halal.

Semakan pernah dibuat sebelum ini pada 29 Jun 2021 dan 4 Ogos 2021.

Status halal pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu kesemua cawangan Squid Boy TIADA perakuan halal dari Jakim.

Mohon lihat juga “Info Tambahan Penting”.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.