Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.19 – SISTEM KAWALAN HALAL DALAMAN (IHCS) dan PROSEDUR NO.20- SISTEM JAMINAN HALAL.
Untuk Sistem Kawalan Halal Dalaman.
(1) Syarikat dan/ atau pemohon SPHM di bawah kategori kecil dan mikro hendaklah membangun dan melaksanakan IHCS bagi memenuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia;
(2) Pembangunan dan pelaksanaan IHCS hendaklah memenuhi elemen yang berikut:
(a) Polisi halal; Difahami dan disebarkan kepada semua pihak yang berkaitan.
(b) Prosedur kawalan bahan mentah atau pelanggan; dan
(i) Mampu menerangkan proses penentuan bahan mentah, pembekal atau pelanggan;
(ii) Menjelaskan proses kerja secara tepat sepertimana yang diamalkan di lapangan; dan
(iii) Direkod, didokumenkan serta boleh disemak semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.
(c) Prosedur kebolehkesanan.
(i) Mampu menerangkan proses pengesanan semula bahan mentah, pembekal, pelanggan dan produk siap;
(ii) Menjelaskan proses kerja secara tepat sepertimana yang diamalkan di lapangan; dan
(iii) Direkod, didokumenkan serta boleh disemak semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.
(3) Manual MHMS 2020 hendaklah dirujuk bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pelaksanaan berdasarkan elemen-elemen IHCS yang ditetapkan.
Untuk Sistem Jaminan Halal.
(1) Syarikat dan/ atau pemohon SPHM di bawah kategori besar dan sederhana hendaklah membangun dan melaksanakan HAS bagi memenuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia;
(2) Eksekutif Halal hendaklah dilantik bagi setiap cawangan premis;
(3) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi setiap syarikat dan/ atau setiap cawangan yang mempunyai pengurusan operasi yang berbeza;
(4) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat (4) orang ahli seperti yang berikut:
(a) Pengerusi;
(b) Eksekutif Halal;
(c) Wakil bahagian perolehan atau pembelian; dan
(d) Wakil bahagian pemprosesan atau operasi.
(5) Manual MHMS 2020 hendaklah dirujuk bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pelaksanaan berdasarkan elemen-elemen HAS yang ditetapkan.