Sakura Kristal Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua cawangan Sakura Kristal halal? Atau cawangan tertentu saja? Rekod Jakim 2021 dirujuk supaya anda dapat info sahih dan menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 23 SEPTEMBER 2021.

Untuk beri anda info yang sahih, rekod di portal Jakim telah dirujuk pada 23 September 2021 menggunakan keywords “SAKURA KRISTAL”.

Perkataan ini digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “SAKURA KRISTAL SDN BHD”.

Hanya 1 rekod sijil halal saja ditemui iaitu untuk cawangan di Jalan Bandar 11, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ini bermaksud hanya cawangan Bandar 11, Taman Melawati, Kuala Lumpur saja yang ada perakuan halal dari Jakim TETAPI status halal untuk cawangan ini pula didapati TIDAK JELAS.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Sakura Kristal Pic 4
Sakura Kristal Pic 3
Imej-imej ini dimiliki oleh Sakura Kristal.
Info Tambahan Penting.

Untuk makluman, sesebuah syarikat boleh memiliki 2 sijil halal iaitu sijil halal untuk PRODUK-PRODUK MAKANAN yang dihasilkan untuk restoren tersebut DAN sijil halal khusus untuk cawangan.

Kedua-dua jenis sijil halal ini penting kerana jika cawangan tiada sijil halal; walaupun syarikat tersebut ada sijil halal untuk produk makanan; kita tidak akan dapat kepastian samada makanan yang dihidangkan di cawangan tersebut hanya menggunakan ramuan dan bahan makanan yang ada perakuan halal saja.

Semakan lanjut sijil halal Sakura menunjukkan sijil halal untuk PRODUK-PRODUK MAKANAN didapati telah ditarik balik oleh Jakim.

Ini ialah snapshot status halal untuk PRODUK-PRODUK MAKANAN. Ia dipaparkan dibawah nama syarikat.

Sakura Kristal
Sakura Kristal Halal ke Tak?

Alamat yang tertera pada sijil halal yang ditarik balik ini pula sama seperti alamat cawangan yang ada sijil halal TETAPI Jakim tidak pula mengatakan sijil halal untuk cawangan tersebut sebagai berstatus “Di Tarik Balik” juga.

Ini ialah snapshot sijil halal untuk cawangan.

Sakura Kristal Pic 2
Sakura Kristal Halal ke Tak?

Oleh itu, JomHalal merumuskan status halal satu-satunya cawangan Sakura Kristal yang ada sijil halal ini sebagai TIDAK JELAS seperti penjelasan di atas.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-3 untuk check samada Sakura Kristal halal.

Semakan sebelum ini telah dibuat pada 15 Julai 2021 dan 5 Ogos 2021.

Status halal pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu hanya 1 cawangan saja ada sijil halal TETAPI status halalnya TIDAK JELAS.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.