Portal Jakim TIDAK ada sebarang rekod untuk Restoran New Holly Wood; bermaksud restoran ini TIADA sijil halal. Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) ada menegur orang Islam yang berkunjung ke tempat ini; supaya pergi HANYA JIKA ADA SIJIL HALAL dan JANGAN MUDAH TERPENGARUH dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika tempat tersebut masih belum ada sijil halal. Ini link > Artikel penuh JAIP.
Saya secara peribadi juga mempersoalkan online bloggers, content creator dan mereka yang dengan mudah mengatakan tempat ini halal. Bagaimana anda begitu pasti tanpa sebarang audit dari JAKIM iaitu satu-satunya pihak yang mempunyai autoriti untuk pengesahan halal?
Untuk rujukan masa depan; semakan di portal Jakim dibuat guna nama restoran ini saja sebab nama pemilik tidak dipaparkan pada papan tanda restoren ini.
Ini adalah semakan kali pertama dalam tahun 2023 dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 5 May 2023.
SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
- 5 May 2023 (Tiada sijil halal dari Jakim)