Skip to content

Restoran Congkak halal ke?

Restoran Congkak dilihat ada 3 cawangan dan kesemua cawangan ini TIADA sijil halal dari Jakim. Semakan dibuat di portal Jakim guna keywords “CONGKAK” dan “PICCOLO”; mewakili nama restoran ini serta nama pemilik iaitu “PICCOLO MONDO GASTRO SDN BHD”.

Ini ialah semakan kali pertama dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 18 May 2023.

SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.

Terima kasih
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
  1. 18 May 2023 (Semua lokasi TIADA sijil halal).
Menu
  1. Ayam Panggang Kuah Percik
  2. Ayam Masak Lemak Nangka
  3. Itik Goreng Berempah
  4. Ayam Panggan Belado
  5. Daging Salai Percik
  6. Rusuk Panggang Masak Hitam
  7. Oxtail Belado
  8. Rendang Tok
  9. Sambal Udang Petai
  10. Gulai Udang Galah Nanas
  11. Udang Kara Masak lemak Gulai
  12. Pepes Ikan
  13. Ikan Wayang
  14. Terung Goreng Berlado
  15. Kangkong Belacan
  16. Gulai Pucuk Paku
  17. Labu Masak Lemak
  18. Bubur Pulut Hitam
  19. Pengat Labu
  20. Lumpia Goreng
  21. Begedil Daging
  22. Satay Ayam dan Daging
  23. Sotong Goreng Berempah
  24. Tauhu Telur