Ramen Village Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Ramen Village halal? Status halal sebenar Ramen Village dirujuk pada rekod Jakim 2021 supaya anda dapat info sahih & menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 23 SEPTEMBER 2021.

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal Jakim pada 23 September 2021 mengunakan keywords “RAMEN VILLAGE” dan “HARTA”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk RAMEN VILLAGE.

Ini bermakna restoren ramen ini dan cawangannya tiada perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Ramen Village Pic 4
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “RAMEN VILLAGE” untuk check status halal restoren ini kerana ia sebahagian dari nama restoren.

Manakala perkataan “HARTA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “HARTA BUDIMAS SDN BHD”.

Seperti makluman, restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti semakan yang telah di buat di portal JAKIM, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM termasuklah cawangan di bawah ini.

  1. Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
  2. IOI City Mall, Putrajaya.
Info Tambahan Penting.

Pada posting FB restoren ini yang bertarikh 1 April 2019; ada imej yang tertulis

"Fret Not. Our Sauces are halal. Halal certified sauces for all"
Maksudnya... "Jangan Risau. Kesemua sos kami halal. Sos yang diiktiraf halal untuk semua".
Ramen Village Pic 7
Ramen Village Halal ke Tak?

Pada posting yang sama restoren ini turut menulis komen seperti di bawah ini:

Ramen Village Pic 8
Ramen Village Halal ke Tak?

Posting di FB ini tidak beri kita jaminan berkaitan perakuan halal kerana posting ini dibuat lebih dari 2 tahun lepas DAN tidak jelas samada status halal yang dirujuk oleh restoren ini sebenarnya ialah status halal untuk pembekal bahan mentah dan ramuan atau status halal yang khusus untuk restoren ini.

Untuk makluman, sesebuah restoren itu perlu ada sijil halal sendiri; maksudnya tidak boleh mengatakan ia halal semata-mata kerana pembekalnya ada sijil halal.

Ramen Village Pic 6
Ramen Village Halal ke Tak?

Untuk kepastian, semakan telah dibuat di portal JAKIM dan hasil semakan menunjukkan restoren ini sebenarnya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-3 untuk check samada Ramen Village halal.

Semakan terdahulu dibuat pada 22 Julai 2021 dan 3 Ogos 2021.

Status halal pada waktu itu adalah sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.