Oiso Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Oiso ada sijil halal dari Jakim? Status halal Oiso dirujuk pada rekod Jakim 2021 untuk pastikan anda dapat menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 6 DIS 2021 (SEMAKAN KE-4).

Semakan status halal untuk kali ke-4 untuk Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe telah dibuat di portal JAKIM menggunakan keywords “BORAMCHAN” dan “OISO”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk OISO.

Ini bermaksud menu di kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal oleh Jakim (statusnya sama seperti 3 semakan sebelum ini).

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Oiso Pic 3
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “BORAMCHAN” dan “OISO” untuk check status halal restoren ini di portal JAKIM.

Perkataan “OISO” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu.

  1. Oiso Damansara City Mall Sdn Bhd.
  2. Oiso F&B Group Sdn Bhd.

Perkataan “BORAMCHAN” pula digunakan kerana nama ini dilihat sebagai salah satu pemilik/pengurus restoren ini iaitu “BORAMCHAN SDN BHD”.

Seperti makluman, restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Menurut FB cawangan-cawangan restoren ini terletak di lokasi berikut.

1. Aman Central, Alor Setar, Kedah.
2. Cheras Leisure Mall, Kuala Lumpur.
3. Damansara City Mall, Kuala Lumpur.
4. Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.
5. IOI City Mall, Putrajaya.
6. Calvary Convention Center, Shah Alam, Selangor.
7. Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor.

Seperti makluman, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-4 untuk pastikan samada Oiso halal.

Semakan terdahulu telah dibuat pada tarikh berikut:

  • 29 Jun 2021
  • 3 Ogos 2021
  • 23 Sept 2021.

Pada waktu itu status adalah sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Senarai menu ini disediakan sebagai rujukan tambahan untuk anda.

Seperti makluman, menu di restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. Beef Short Rib Soup
  2. Fried Glass Noodle
  3. Fried Rice
  4. Ginseng Chicken Soup
  5. Glass Noodle Fried Rice
  6. Grilled Saba Fish
  7. Grillled Chicken BBQ
  8. Hot Stone Bowl Bibimbab
  9. Jan Chi Kuk Su
  10. Kimchi Cold Noodle
  11. Kimchi Fried Rice
  12. Kimchi Ramen
  13. Kimchi Stew
  14. Korean Black Bean Sauce Noodle
  15. Korean Fried Chicken
  16. Korean Spicy Rice Cake
  17. Korean-chinese Spicy Noodle
  18. Mushroom & Tofu Stew
  19. Seafood Noodle
  20. Seafood Ramen
  21. Soft Tofu Stew
  22. Soybean Paste Stew
  23. Spicy Beef / Chicken Noodle
  24. Spicy Beef Stew
  25. Spicy Chicken Noodle
  26. Spicy Grilled Chicken BBQ
  27. Steamed Chicken with Soy Sauce
  28. Stir Fried Beef
  29. Stir Fried Saba Fish with Kimchi
  30. Stir Fried Squid and Octopus

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.