Nippon Sushi Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua cawangan Nippon Sushi halal? Status halal cawangan dirujuk pada rekod Jakim 2021 supaya anda dapat info sahih & menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 27 DIS 2021 (SEMAKAN KE-4).

Semakan kali ke-4 ini telah dibuat di portal JAKIM menggunakan keywords “NIPPON SUSHI” dan “STARCAP RESOURCES” kerana perkataan ini sebahagian dari nama restoren ini serta nama pemiliknya.

Rekod sijil halal ditemui untuk 3 lokasi saja TETAPI kesemua 3 sijil halal ini telah Di Tarik Balik oleh JAKIM.

Ini juga bermaksud, pada waktu ini, kesemua cawangan restoren makanan Jepun ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Nippon Sushi
Imej ini dimiliki oleh Nippon Sushi.
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal restoren sushi ini menggunakan perkataan “NIPPON SUSHI” kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “STARCAP” digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik atau pengurus restoren ini iaitu “STARCAP RESOURCES SDN BHD”.

Seperti makluman, kesemua cawangan restoren ini sudah TIADA perakuan halal dari JAKIM kerana kesemua sijil halalnya telah ditarik balik oleh JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-4 untuk check samada Nippon Sushi halal.

Semakan status halal sebelum ini pernah dibuat pada tarikh berikut:

PADA 30 JUN 2021 & 3 OGOS 2021.

Pada waktu itu ada 4 cawangan yang ada sijil halal TETAPI hanya 3 cawangan saja yang ada sijil sah (1 telah ditarik balik).

Cawangan yang ada sijil halal yang masih sah waktu itu seperti dibawah ini.

1. Jalan Rotan Utama, Taman Sri Jaya, Batu Pahat, Johor.
2. Gerbang Seremban, Negeri Sembilan.
3. Jalan Medan, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Manakala sijil halal untuk cawangan Prima Samudera Selangor pula telah di tarik balik oleh Jakim.

PADA 23 SEPT 2021.

Sijil halal untuk 2 lagi cawangan telah di tarik balik oleh Jakim iaitu cawangan di Jalan Rotan Utama Johor dan Gerbang Seremban Negeri Sembilan.

Tinggal hanya 1 cawangan saja yang masih ada perakuan halal dari JAKIM iaitu cawangan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Selangor.

PADA 27 DIS 2021.

Rekod sijil halal untuk cawangan di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor sudah tidak kelihatan di portal JAKIM. Ini berkemungkinan besar disebabkan sijil halal tersebut telah tamat tempoh sah & tidak diperbaharui oleh Nippon Sushi.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini antara menu di restoren ini.

Seperti makluman, status terkini menunjukkan menu di kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  • Zansai – Appetizers seperti Chuka Kurage & Chuka Hotate.
  • Salada – Salad seperti Seaweed Salad & Salmon Salad.
  • Temaki – Handroll Sushi seperti Shishamo (Willow Leaf Fish) dan Ebi Ten (Shrimp)
  • Sashimi & Sushi Moriawase – Seperti Nami, Jyo, Hato dan Mentai Moriawase.
  • Sashimi – Seperti Tako, Salmon dan Mekajiki (White Tuna).
  • Makimono – California, Rainbow dan Soft Shell Crab.
  • Yakimono (Grilled Dishes)
  • Agemono (Deep Fried Dishes)
  • Gohan (Rice)
  • Menrui (Noodles)
  • Gozen (Set Meals)
  • Teppanyaki (Grilled)
  • Dezato (Desserts)
  • Nomimono (Drinks)

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.