Nice To CU halal ke tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Alhamdulillah, sebahagian dari kos server website ini ditaja oleh 4 individu iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah dan 2 hamba Allah.

Anda juga boleh jadi seorang penaja (hanya RM20 sebulan saja). Link tajaan di bawah.

Betul ke makanan di kedai Nice To CU halal? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat status halal yang sahih berkaitan kedai serbaneka ini.

Semakan yang ke-2 untuk kedai Nice To CU ini telah dibuat di portal JAKIM pada 11 Nov 2022 menggunakan keywords “MYNEWS” dan “MYCU”.

Perkataan-perkataan ini digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik serta pengurus franchise CU di Malaysia iaitu “MYNEWS HOLDINGS BHD” dan “MYCU RETAIL SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk kedai serbaneka ini.

Ini juga bermaksud, MAKANAN-MAKANAN yang sudah SEDIA UNTUK DIMAKAN atau sudah terhidang seperti Dak Gang Jeong, Soy Sauce Chicken Dosirak, Cheezy Corn Sausages, Sandwiches serta produk-produk bakeri di bawah jenama kedai ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Bagi MAKANAN yang DALAM BUNGKUSAN pula; anda amat digalakkan untuk check pada label bungkusan serta lihat samada ada logo halal dari badan-badan antarabangsa yang boleh diyakini. Sebagai contoh, untuk Korea; JAKIM mengiktiraf sijil halal dari “KOREA MUSLIM FEDERATION” dan “KOREA HALAL AUTHORITY CORPORATION”. > Hubungi JomHalal jika anda ingin pastikan badan halal antarabangsa yang diiktiraf.

Tajaan Anda Diperlukan.

Website JomHalal dibaca oleh hampir 60,000 pembaca setiap bulan. Untuk tampung jumlah pembaca yang tinggi ini; JomHalal terpaksa guna Server yang baik dengan kos USD40 setiap bulan (kira-kira RM200 sebulan).

JomHalal perlukan 6 orang lagi Penaja (setiap seorang akan menaja atau Sponsor hanya RM20 saja setiap bulan).

Jika anda berminat, mohon hulurkan tajaan anda melalui link di bawah ini.

Lihat juga > Status Halal Tempat Makan Lain.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

nice to cu
Senarai Cawangan.

Seperti makluman menu yang sedia terhidang untuk di makan di kesemua cawangan Nice To CU TIADA perakuan halal dari JAKIM, termasuk yang terletak di lokasi ini:

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Selangor.
  2. Awana Sky Station, Genting Highlands, Pahang.
  3. Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor.
  4. Bukit Sentosa Rawang, Selangor.
  5. Butterworth Business City Centre, Pulau Pinang.
  6. Centrepoint Bandar Utama, Selangor.
  7. City Junction, Pulau Pinang.
  8. Cottage Walk Cyberjaya, Selangor.
  9. Dataran Perniagaan Cheras, Kuala Lumpur.
  10. Dataran Puteri, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.
  11. Desa Petaling, Kuala Lumpur.
  12. Green Town, Ipoh.
  13. IOI City Mall.
  14. Jalan Kebun Teh, Johor Bharu, Johor.
  15. Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang.
  16. Radia, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
  17. Rohas Perkasa, Kuala Lumpur.
  18. Senai, Johor.
  19. Taman Adda, Johor Bharu, Johor.
  20. Taman Perling, Johor Bharu, Johor.
  21. Uptown 37, Damansara Utama, Selangor.

Untuk makanan-makanan dalam bungkusan, pastikan ada sijil halal seperti yang disarankan di atas.

Semakan Status Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 untuk check samada Nice To CU Mart halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 7 Jan 2022 (Tiada perakuan halal).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.