Skip to content

Nice To CU halal ke?

TIADA rekod sijil halal ditemui di portal Jakim untuk kedai serbaneka Nice To CU. Keywords untuk semakan ialah “NICE”, “MYNEWS” dan “MYCU”; mewakili nama kedai ini serta nama pemilik iaitu “MYNEWS HOLDINGS BHD” dan “MYCU RETAIL SDN BHD”.

Ini juga bermaksud, MAKANAN-MAKANAN yang sudah SEDIA UNTUK DIMAKAN atau sudah terhidang di kesemua cawangan kedai serbaneka ini TIADA perakuan halal dari Jakim. Sebagai contoh Dak Gang Jeong, Soy Sauce Chicken Dosirak, Cheezy Corn Sausages, Sandwiches serta produk-produk bakeri.

Bagi MAKANAN yang DALAM BUNGKUSAN pula; anda amat digalakkan untuk check pada label bungkusan serta lihat samada tertera logo halal dari Jakim atau dari badan-badan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim. Sebagai contoh, untuk Korea; JAKIM mengiktiraf sijil halal dari “KOREA MUSLIM FEDERATION” dan “KOREA HALAL AUTHORITY CORPORATION”. Klik di sini untuk lihat > logo halal antarabangsa yang Jakim iktiraf.

Ini adalah semakan kali ke-3 dan telah dibuat pada 24 Januari 2023.

SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.

Terima kasih
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
  1. 7 Jan 2022 (Tiada perakuan halal).
  2. 7 Dec 2022 (Tiada perakuan halal).
Cawangan
  1. 1 Utama, Bandar Utama, Selangor.
  2. Awana Sky Station, Genting Highlands, Pahang.
  3. Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor.
  4. Bukit Sentosa Rawang, Selangor.
  5. Butterworth Business City Centre, Pulau Pinang.
  6. Centrepoint Bandar Utama, Selangor.
  7. City Junction, Pulau Pinang.
  8. Cottage Walk Cyberjaya, Selangor.
  9. Dataran Perniagaan Cheras, Kuala Lumpur.
  10. Dataran Puteri, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.
  11. Desa Petaling, Kuala Lumpur.
  12. Green Town, Ipoh.
  13. IOI City Mall.
  14. Jalan Kebun Teh, Johor Bharu, Johor.
  15. Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang.
  16. Radia, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
  17. Rohas Perkasa, Kuala Lumpur.
  18. Senai, Johor.
  19. Taman Adda, Johor Bharu, Johor.
  20. Taman Perling, Johor Bharu, Johor.
  21. Uptown 37, Damansara Utama, Selangor.