Rekod sijil halal untuk MyLaksa ditemui TETAPI hanya untuk 1 lokasi saja iaitu yang terletak di D’Piazza Mall, Bayan Lepas Pulau Pinang. Sijil halal ini pula dihadkan untuk 1 bahan saja iaitu “ASSAM LAKSA PASTE” sedangkan menu di cafe MyLaksa terdiri dari bahan-bahan yg lain. // Keywords untuk semakan ialah “MY LAKSA”, “MYLAKSA”, “LAKSA” dan “LAKSA JAYA”; mewakili nama cafe dan nama pemilik iaitu “MYLAKSA SDN BHD” dan “LAKSA JAYA SDN BHD”.
Ini adalah semakan kali ke-3 dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 23 Januari 2023.
SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
- 18 Ogos 2021 (1 cawangan saja diperakui halal).
- 4 Dec 2021 (6 cawangan diperakui halal).