MyKori Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke MyKori halal? Status halal cawangan MyKori dirujuk pada rekod JAKIM 2022 dan Manual Pensijilan Halal JAKIM supaya anda dapat status halal yang sahih.

Semakan kali ke-4 ini telah dibuat di portal JAKIM pada 12 Feb 2022 menggunakan keyword “MYKORI” kerana perkataan ini sebahagian dari nama cafe ini serta nama pemiliknya.

Pada portal halal JAKIM ada tertera hanya 1 sijil halal saja iaitu untuk sebuah lokasi yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Selangor.

Namun, sijil halal untuk lokasi ini (Taman Perindustrian Puchong) terhad hanya untuk lokasi ini saja dan TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk kesemua cawangan MyKori – Rujukan Artikel 18(4)(f), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan JAKIM.

Ini juga bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

MyKori
MyKori Halal ke Tak?
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “MYKORI” untuk check status halal kerana ia sebahagian dari nama cafe dessert resepi Jepun ini dan juga nama pemiliknya iaitu “MYKORI HOLDINGS SDN BHD”.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan MyKori perlu ada sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas MyKori kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Senarai Cawangan.

Di bawah ini ialah antara cawangan MyKori seluruh Malaysia.

Cawangan-cawangan di bawah ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. Aman Walk, Alor Setar, Kedah.
  2. Bahau Negeri Sembilan.
  3. Bandar Baru Bangi, Selangor.
  4. Bandar Bukit Tinggi Klang, Selangor.
  5. Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang.
  6. Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.
  7. Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan.
  8. Bandar Saujana Putra Selangor.
  9. Banting Selangor.
  10. Batu Pahat (Taman Flora Utama), Johor.
  11. Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
  12. Cheras Trader Square, Kuala Lumpur.
  13. Cyber 12, Cyberjaya, Selangor.
  14. D Piazza Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  15. Desa Pandan, Kuala Lumpur.
  16. Eko Cheras Mall, Kuala Lumpur.
  17. Equine Park, Seri Kembangan, Selangor.
  18. Glenmarie Shah Alam, Selangor.
  19. Gong Badak, Kuala Terengganu.
  20. IOI City Mall, Putrajaya.
  21. Ipoh (Bandar Baru Medan Ipoh), Perak.
  22. Ipoh SOHO, Perak.
  23. Kajang, Selangor.
  24. Kampar Perak.
  25. Kapar, Selangor.
  26. Kepala Batas, Pulau Pinang.
  27. KLIA 2, Sepang, Selangor.
  28. Kota Bharu, Kelantan.
  29. Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.
  30. Kota Warisan Sepang Selangor.
  31. KSL Avenue, Klang, Selangor.
  32. Kuala Selangor.
  33. Kuala Terengganu (Jalan Batas Baru).
  34. Kulai Johor.
  35. Kulim Kedah.
  36. Laman Rimbunan Kepong, Selangor.
  37. Lot 10, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
  38. Muar Johor.
  39. MyTown Shopping Centre, Jalan Cochrane Kuala Lumpur.
  40. Nilai, Negeri Sembilan.
  41. Pandan Indah, Kuala Lumpur.
  42. Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  43. Paradigm Mall, Skudai, Johor.
  44. Petaling Jaya (Jalan SS 2/66), Selangor.
  45. Plaza Prima Setapak, Kuala Lumpur.
  46. Prima Sri Gombak, Selangor.
  47. Puchong Jaya, Selangor.
  48. Rantau Panjang, Klang, Selangor.
  49. Rawang (Pusat Perniagaan Reef), Selangor.
  50. Rawang Anggun Selangor.
  51. Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
  52. Seberang Jaya, Pulau Pinang.
  53. Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
  54. Seksyen 7, Shah Alam Selangor.
  55. Selayang, Selangor.
  56. Semenyih, Selangor.
  57. Seri Manjung Point, Perak.
  58. Seri Petaling Kuala Lumpur.
  59. Setia Alam (Jalan Setia Prima A), Selangor.
  60. Setia City Mall, Shah Alam, Selangor.
  61. Skudai (Taman Sutera Utama), Johor.
  62. Sky Avenue, Genting Highlands, Pahang.
  63. Southville City, Bangi Selangor.
  64. Subang Jaya, Selangor.
  65. Sungai Besar, Selangor.
  66. Sungai Petani, Kedah.
  67. Taman Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka.
  68. Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.
  69. Taman Subang Perdana, Selangor.
  70. Tanjung Karang Selangor.
  71. Teluk Panglima Garang, Selangor.
  72. Temerloh, Pahang.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-4 untuk check samada MyKori halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada tarikh berikut:

  • 31 Ogos 2021
  • 9 Nov 2021
  • 27 Dis 2021

Status halal pada waktu itu sama iaitu kesemua cawangan TIADA perakuan halal dari JAKIM.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.