MyeongDong Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua MyeongDong halal? Status halal sebenar MyeongDong Topokki dirujuk pada rekod Jakim 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: 7 DIS 2021 (SEMAKAN KE-5).

Website restoren makanan Korea ini ada menyebut restoren ini telah peroleh sijil halal dari Jakim tetapi tidak dinyatakan pula samada sijil halal tersebut untuk semua cawangan atau cawangan tertentu saja – JADI TIMBUL SOALAN betul ke semua cawangan Myeongdong Topokki ada sijil halal?

Jadi semakan kali ke-5 ini telah dibuat di portal Jakim menggunakan keywords “MYEONGDONG”, “YUMMY” dan “SMILE” kerana perkatan ini sebahagian dari nama restoren serta nama pemiliknya.

Hanya 1 rekod sijil halal saja ditemui untuk MYEONGDONG TOPOKKI iaitu untuk cawangan di Sunway Putra Mall, Jalan Putra Kuala Lumpur; sama seperti 4 semakan terdahulu.

Ini bermakna hanya cawangan ini saja ada perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Myeongdong Topokki
Cara JomHalal Check Status Halal.

Tiga perkataan digunakan waktu buat semakan di portal JAKIM.

Perkataan “MYEONGDONG” kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “YUMMY” dan “SMILE” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik/pengurus restoren street food Korea ini iaitu “YUMMY EATERIES VENTURES SDN BHD” serta “SMILE GROUP SDN BHD”.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan MyeongDong perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas MyeongDong kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-5 untuk check samada Myeongdong halal.

Semakan terdahulu pernah dibuat pada tarikh ini:

  • 18 Julai 2021
  • 4 Ogos 2021
  • 23 Sept 2021
  • 17 Okt 2021

Status pada setiap semakan adalah sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu hanya 1 cawangan saja ada perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Seperti menu ini dikhususkan untuk cawangan yang telah diperakui halal oleh Jakim saja iaitu cawangan di Sunway Putra Mall, Jalan Putra Kuala Lumpur.

1. Bulgogi Beef Deopbap (Stir-Fry Marinated Beef Rice) 
2. Bulgogi Chicken Deopbap (Stir-Fry Marinated Chicken Rice) 
3. Cheese Ramyun (Cheese Ramen) 
4. Cheesy Bulgogi Fries (Sweet Marinated Cheesy Fries) 
5. Chez Jeu Corn Sausage (Corn Sausage With Cheese) 
6. Chicken Mandu (Chicken Dumpling) 
7. Dakgalbi Chicken Deopbap (Spicy Stir-Fry Chicken Rice) 
8. Doenjang Jjigae Beef (Soybean Paste Stew) 
9. Doenjang Jjigae Chicken (Soybean Paste Stew Chicken) 
10. Dol Sot Bibimbap Beef (Rice Layered With Mixed Vegetables And Beef 
11. Dol Sot Bibimbap Chicken (Rice Layered With Mixed Vegetable And Chicken 
12. Drinking Water 
13. Ganjang Chi~Ken (Soy Garlic Fried Rice) 
14. Ganjang Wings & Drumetts (Soy Garlic Fried Chicken Wings & Drumetts) 
15. Green Tea 
16. Hangul Chicken Deopbap (Original Fried Chicken Rice) 
17. Hangul Chicken Ramyun (Original Fried Chicken Ramen) 
18. Hangul Chi~Ken (Original Fried Chicken) 
19. Hangul Wings & Drumetts (Original Fried Chicken Wings & Drumetts) 
20. Honey Citron 
21. Honey Hanrabong (Honey Mandarin Orange) 
22. Honey Jujube (Honey Dates) 
23. Honey Lemon 
24. Honey Vera 
25. Jajjangmyun (Black Bean Sauce Noodle) 
26. Kimali (Fried Seaweed Glassnoodle Roll) 
27. Kimbap (Korean Sushi Roll) 
28. Kimchi (Fermented Vegetables) 
29. Kimchi Bokkeumbap (Fermented Vegetables Fried Rice) 
30. Kimchi Jjigae Beef (Fermented Vegetables Stew With Beef) 
31. Kimchi Jjigae Chicken (Fermented Vegetables Stew With Chicken) 
32. Kimchi Ramyun (Fermented Vegetables Ramen) 
33. Kimchi Topokki (Fermented Vegetables Korean Rice Cake) 
34. Kimchi Topokki With Cheese (Fermented Vegetables Korean Rice Cake With Cheese) 
35. Mandu Guk (Chicken Dumpling Soup With Rice) 
36. Milkeu Ti (Korean Milk Tea) 
37. Myeongdong Tokochi (Fried Spicy Korean Rice Cake) 
38. Myeongdong Topokki (Spicy Korean Rice Cake) 
39. Myeongdong Topokki With Cheese (Spicy Korean Rice Cake With Cheese 
40. Odeng (Fish Cake) 
41. Pedasss Chick Yun (Extra Spicy Fried Chicken Ramyun) 
42. Rabokki (Ramen & Korean Rice Cake) 
43. Ram Don (Dry Noodle With Marinated Beef Soy Sauce) 
44. Soondubu Jjigae Beef (Spicy Tofu Stew Beef) 
45. Soondubu Jjigae Chicken (Spicy Tofu Stew Chicken) 
46. Soy Garlic Topokki (Soy Garlic Korean Rice Cake) 
47. Soy Garlic Topokki With Cheese (Soy Garlic Korean Rice Cake With Cheese 
48. Squid Twigim (Fried Squid) 
49. Yangnyeom Chi~Ken (Spicy Korean Fried Chicken) 
50. Yangnyeom Wings & Drumetts (Spicy Korean Fried Chicken Wings & Drumetts).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.