My Laksa Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke My Laksa ada sijil halal? Status halal My Laksa dirujuk pada rekod Jakim 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: 4 DEC 2021 (SEMAKAN KE-2)

Untuk beri anda maklumat status halal yang sahih, semakan telah dibuat di portal Jakim menggunakan keywords “MYLAKSA”, “MY LAKSA” dan “LAKSA JAYA”.

Sijil halal ditemui untuk 6 cawangan. Ini bermaksud, hanya 6 cawangan saja ada perakuan halal dari JAKIM.

Ini adalah perkembangan yang positif kerana sebelum ini iaitu pada 18 Ogos 2021; hanya cawangan di Tesco Mergong Alor Setar, Kedah saja yang dilihat ada perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.
  1. Tesco Mergong, Alor Setar, Kedah.
  2. R&R Gurun Utara, Kota Setar, Kedah.
  3. Mydin Mall, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
  4. Kota Bharu Mall, Kelantan.
  5. Tesco Shah Alam, Selangor.
  6. Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Taip email anda di bawah utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Perlukan Bantuan?

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

My Laksa
My Laksa Halal ke Tak?
My Laksa Pic 2
Imej ini dimiliki oleh MyLaksa.
Cara JomHalal Check Status Halal.

Perkataan “MYLAKSA” dan “MY LAKSA” digunakan di portal halal JAKIM kerana ia sebahagian dari nama cafe asam laksa ini dan juga nama pemiliknya iaitu “MY LAKSA SDN BHD”.

Manakala perkataan “LAKSA JAYA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama satu lagi pemilik atau pengurus cafe ini iaitu “LAKSA JAYA SDN BHD”.

Seperti makluman, hanya 6 cawangan saja ada perakuan halal dari JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 untuk pastikan samada MyLaksa halal.

Semakan sebelum ini dibuat pada 18 Ogos 2021. Pada waktu itu, hanya 1 cawangan saja ada perakuan halal iaitu di Lotus Mergong, Alor Setar, Kedah.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2020) terbitan JAKIM, setiap pemilik premis makanan berantai atau “chained cafe” seperti MyLaksa; hendaklah mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan sekiranya ingin mengatakan cawangan tersebut berstatus halal dan mempamerkan logo halal pada cawangan tersebut.

Walaupun pemilik MyLaksa mempunyai sijil halal untuk PRODUK MAKANAN yang mungkin dihasilkan untuk cafe ini; pemilik TIDAK boleh menggunakan sijil halal untuk PRODUK MAKANAN sebagai sijil halal untuk premis makanan kerana fungsi dan skop kedua-dua sijil halal ini berbeza.

Sijil halal untuk PRODUK MAKANAN khusus untuk lokasi dimana produk makanan tersebut dihasilkan.

Manakala sijil halal untuk PREMIS MAKANAN khusus untuk lokasi dimana makanan disediakan dan dihidangkan pada pelanggan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA sijil halal, kita tidak dapat kepastian yang makanan disediakan untuk pelanggan hanya menggunakan bahan-bahan atau produk makanan yang telah diperakui halal oleh JAKIM.

Sumber Rujukan: Klausa 18 (4)(f), Keperluan Khusus – Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.