Mihimihi Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke menu Mihimihi halal? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info sahih berkaitan status halal cafe ini.

TARIKH KEMASKINI: 25 NOV 2021 (SEMAKAN PERTAMA)

Semakan status halal untuk cafe ini dibuat pada 25 Nov 2021 di portal halal JAKIM menggunakan keywords “MIHIMIHI”, “ABI” dan “YUMLAB”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk cawangan-cawangan cafe MIHIMIHI.

Ini juga bermaksud, cawangan-cawangan cafe french puffs ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Mihimihi
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal cafe ini guna keyword “MIHIMIHI” kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.

Perkataan “ABI” dan “YUMLAB” pula digunakan kerana kedua-dua nama ini dilihat sebagai pengurus cawangan cafe ini iaitu “ABI MIHI SDN BHD” dan “YUMLAB SDN BHD”.

Seperti makluman, cawangan-cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM termasuk yang terletak di lokasi ini.

  1. Angsana Johor Bharu, Johor.
  2. Cenang Mall, Langkawi, Kedah.
  3. Paradigm Mall, Skudai, Johor.
  4. Sunway Velocity, Cheras, Kuala Lumpur.
  5. Wonderpark, The Shore Shopping Gallery, Melaka.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan pertama untuk check samada cafe Mihimihi halal.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Info Tambahan.

Waktu semakan dibuat, 1 sijil halal ditemui di bawah nama Yum Lab Sdn Bhd iaitu salah satu syarikat yang menguruskan cafe ini. Namun, pada sijil halal tersebut tidak tertulis nama “MIHIMIHI” yang kebiasaanya akan kelihatan jika sijil halal tersebut dikhususkan untuk cafe ini.

Namun begitu, sijil halal di bawah nama syarikat ini, samada nama cafe Mihimihi dinyatakan atau tidak; sijil halal ini tidak boleh digunakan sebagai sijil halal untuk setiap cawangan. Ini kerana sijil halal tersebut dikhususkan hanya untuk lokasi kilang tersebut.

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim pada Artikel 18(4)(f) dengan jelas menyatakan setiap cawangan perlu ada sijil halal sendiri.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.