Portal Jakim tidak tunjuk sebarang rekod untuk Liang Sandwich Bar; bermaksud semua cawangan kedai ini TIADA sijil halal. Sijil halal yang dipaparkan di website kedai ini juga tidak boleh diterima pakai sebab ia bukan dari Jakim (semua premis makanan MESTI dapatkan sijil halal dari Jakim saja) dan sijil halal tersebut juga TELAH TAMAT TEMPOH (tamat 8 Okt 2018) dan untuk 1 produk saja (Puff Paratha). Keyword untuk semakan ialah “LIANG”; mewakili nama kedai ini serta nama pemilik iaitu “LIANG GRAIN INDUSTRIES SDN BHD”, “LIANG GRAIN INDUSTRIES PTE LTD”
Ini ialah semakan kali pertama dalam tahun 2023 dan telah dibuat oleh JomHalal.org pada 1 May 2023.
SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.
Rekod Semakan
- 1 May 2023 (Semua cawangan TIADA sijil halal).
Menu
- Korean Grilled Chicken Sandwich
- Liang Chicken Sandwich
- Black Pepper Chicken Sandwich
- Mexican BBQ Chicken
- Satay Chicken Sandwich
- Chicken Bolognaise Sandwich
- Chicken Slice & Cheese Sandwich
- Cheese & Egg Sandwich
- Scallions Sandwich
- Sambal Prawn Sandwich
- Scallions Sadnwich with Egg