JomHalal.org telah check samada 10 kopitiam ini ada sijil halal dari Jakim atau tidak. Semakan dibuat guna nama kedai dan nama pemilik.
Ali Muthu Ah Hock
Cafe Ali, Muthu, Ah Hock ada sijil halal untuk 1 lokasi saja iaitu di Tmn. Tun Dr Ismail, KL DAN skop sijil halal ini hanya untuk 3 produk saja; White Coffee Original, White Coffee Less Sugar dan White Coffee No Sugar. Keywords untuk semakan di portal Jakim ialah “ALI, MUTHU” dan “GEMPAK” mewakili nama cafe ini serta nama pemilik iaitu “NASI LEMAK GEMPAK SDN BHD”.
Bungkus Kaw Kaw
Tiada rekod sijil halal untuk Bungkus Kaw Kaw di portal Jakim; yang bermaksud kedai ini TIADA perakuan halal. Keywords untuk semakan ialah “BUNGKUS” dan “G&T”; mewakili nama kedai ini serta nama pemilik iaitu “G&T BRAND SDN BHD”.
Kluang Station
Rekod sijil halal ditemui di portal Jakim untuk 5 lokasi Kluang Station saja. Keyword untuk semakan ialah “KLUANG STATION”; mewakili nama cafe ini serta nama pemilik iaitu “KLUANG STATION F&B SDN BHD”. Lihat > Senarai Cawangan Ada Sijil Halal.
OldTown White Coffee
Seperti yang dipaparkan di portal Jakim; OldTown ada sijil halal untuk 164 cawangan. Keyword untuk semakan ialah “OLDTOWN”; mewakili nama cafe ini serta nama pemilik iaitu “KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD”. Lihat > Senarai Cawangan Ada Sijil Halal.
Pak Li Kopitiam
Semua cawangan Kopitiam Pak Li TIDAK ada rekod sijil halal di portal Jakim. Keyword untuk semakan ialah “PAK LI”; mewakili nama kopitiam ini serta nama pemilik iaitu “PAK LI KOPITIAM SDN BHD”.
Pak Lim Kopitiam
Portal Jakim TIADA sebarang rekod untuk Pak LIM Kopitiam; bermaksud semua cawangan kopitiam ini TIADA sijil halal. Keywords untuk semakan ialah “PAK LIM” daN “SALAM LIFESTYLE”; mewakili nama kopitiam ini serta nama pemilik iaitu “SALAM LIFESTYLE CAFE SDN BHD”.
PappaRich
PappaRich TIDAK ada rekod di portal Jakim; bermaksud semua cawangan TIADA sijil halal. Keyword untuk semakan ialah “PAPPARICH”; mewakili nama kopitiam ini serta nama pemilik iaitu “PAPPARICH GROUP SDN BHD”.
Tea Garden, KuuVancha dan Kuu Kopitiam
Rekod sijil halal ditemui hanya untuk restoren Tea Garden dan KuuVancha saja TETAPI hanya untuk 9 cawangan Tea Garden dan 1 cawangan KuuVancha. Keyword untuk semakan ialah “TEA GARDEN”; mewakili jenama restoren ini serta nama pemilik iaitu “TEA GARDEN RESTAURANT (MY) SDN BHD”. Lihat > Senarai Cawangan Ada Sijil Halal.
Teh Tarik Place
Portal Jakim hanya ada 1 rekod sijil halal untuk Teh Tarik Place iaitu yang terletak di The Curve Mutiara Damansara Selangor. Keywords untuk semakan ialah “TEH TARIK PLACE” dan “CRAVEAT”; mewakili nama kedai ini serta nama pemilik iaitu “CRAVEAT INTERNATIONAL SDN BHD”.
Xixiang Kaya Kopitiam
Portal Jakim tidak ada sebarang rekod untuk Xixiang Kopitiam; bermaksud semua cawangan TIADA sijil halal. Keywords untuk semakan ialah “XIXIANG”, “BILLION KITCHEN” dan “CS RENYI”; mewakili nama kedai ini serta nama pemilik iaitu “BILLION KITCHEN SDN BHD” dan “CS RENYI SDN BHD”.
Nota: Kesemua semakan diatas telah dibuat antara Mac/April 2023. Guna link ini untuk lihat > Status Terkini.
SOKONG USAHA JOMHALAL: JomHalal diwujudkan supaya mudah untuk anda & pembaca lain check status sijil halal berdasarkan rekod dari Jakim. // Mohon taja JomHalal supaya usaha ini dapat diteruskan – tajaan hanya RM30 sebulan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Penaja untuk JomHalal.org iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif, Saudara Razin, Saudara P dan 11 hamba Allah yang lain.
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.