Kimukatsu Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Kimukatsu ada sijil halal dari Jakim? Status halal Kimukatsu dirujuk terus pada rekod Jakim 2021 untuk pastikan anda dapat menu halal.

Untuk beri anda info yang sahih, semakan kali ke-4 ini telah dibuat di portal Jakim pada 31 Dis 2021 menggunakan perkataan “BOGA” dan “KIMUKATSU”.

Rekod siji halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 saja cawangan iaitu yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.

Ini juga bermaksud hanya cawangan di KL East Mall ini saja ada perakuan halal dari JAKIM manakala cawangan-cawangan lain seperti yang terletak di Damen Mall (Subang), IOI Mall (Putrajaya) dan Zenith Corporate Park (Petaling Jaya) TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Kimukatsu
Imej ini dimiliki oleh Kimukatsu.
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal menggunakan keywords “KIMUKATSU” dan “BOGA”.

Perkataan “KIMUKATSU” digunakan kerana ia ini sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “BOGA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “BOGA CULINARY SDN BHD”. Untuk makluman, selain Kimukatsu, syarikat Boga turut memiliki 13 jenama restoren yang lain seperti “Onakabe”, “Pish & Posh Cafe” dan “Nudles”.

Seperti makluman, hanya 1 cawangan restoren Kimukatsu (KL East Mall) saja yang ada perakuan halal dari JAKIM.

Semakan di portal JAKIM ini juga menyangkal dakwaan beberapa artikel di online dan blogger yang mengatakan kesemua cawangan restoren makanan Jepun ini berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-4 untuk check samada Kimukatsu halal.

Semakan terdahulu pernah dibuat pada tarikh berikut:

  • 2 Julai 2021
  • 3 Ogos 2021
  • 23 Sept 2021.

Pada waktu itu, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.