KGB Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke burger KGB halal? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info sahih samada KGB atau Killer Gourmet Burger halal.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk dapatkan info sahih, portal halal JAKIM telah dirujuk pada 13 Nov 2021 menggunakan keyword “KGB” dan “URBAN DINER”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk KGB (Killer Gourmet Burger).

Ini bermaksud menu di kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Pada menu dan di website restoren ini ada tertulis “Only halal ingredients used”. Tanpa perakuan halal, kita tiada jaminan dari JAKIM yang makanan di restoren ini benar-benar hanya menggunakan bahan-bahan yang telah disahkan halal.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

KGB
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal restoren ini guna perkataan “KGB” kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “KGB HOLDINGS SDN BHD”.

Perkataan “URBAN” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama satu lagi pemiliknya iaitu “URBAN DINER SDN BHD”.

Seperti makluman, restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM termasuk cawangan di bawah ini.

  1. Bangsar (Jalan Telawi 2), Kuala Lumpur.
  2. Empire, Subang Jaya, Selangor.
  3. Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur.
  4. IOI Putrajaya.
  5. Pavilion Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  6. Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada restoren KGB halal.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini antara menu di restoren ini. Seperti makluman, menu di restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Animal Style (Crust Seared Beef)
  2. Bash (Grilled Beef)
  3. Bella Bomb
  4. Bella Bomb Tower (Grilled Beef)
  5. Bobcat (Chicken)
  6. Club (Grilled Chicken)
  7. Double Animal (2x Crust Beef)
  8. Hot Mess (Parmesan Crusted Chicken)
  9. J.M.C (Chicken or Beef)
  10. KGB Chicken Wings
  11. KGB Spiked (Crust Seared Beef)
  12. Magmarr (Chicken or Beef)
  13. Pineapple Express
  14. Sacre Bleu (Grilled Beef)
  15. Santa Fe (Grilled Beef)
  16. Seoul (Parmesan Crusted Chicken)
  17. The Shack (Beef)
  18. The Shack (Chicken)
  19. Tornado (Chicken)
  20. Truffled Swiss (Grilled Beef)

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.