Kek Sayang & Kedai Kek Fairy Halal ke Tak?!

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke Kek Sayang dan Kedai Kek Fairy ada sijil halal dari Jakim? Status halal kedua-dua bakeri ini dirujuk terus pada rekod Jakim 2021 untuk pastikan anda dapat menu halal.

Ulasan status halal ini telah dikemaskini pada 14 September 2021 dan dibahagikan kepada 2 bahagian.

Lihat di sini untuk > Status Halal Kek Sayang.
Lihat di sini untuk > Status Halal Kedai Kek Fairy.

Betul ke Kek Sayang Halal?

Untuk jawab soalan ini, semakan di portal Jakim telah dibuat pada 14 September 2021 menggunakan keyword “Kek Sayang” kerana nama ini digunakan oleh bakeri ini sebagai nama kedai dan juga nama pemilik (seperti yang tertera pada papan tanda perniagaan).


Kek Sayang
Kek Sayang

Sumber Imej: Imej ini dimiliki oleh Kek Sayang.


TIADA rekod sijil halal ditemui di portal Jakim untuk Kek Sayang.

Ini juga bermaksud kesemua cawangan bakeri ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Menurut FB bakeri ini, Kek Sayang mempunyai 6 cawangan; kesemuanya di Kedah iaitu di:

Alor Setar >

1. AEON Big, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.
2. Aman Sentral Alor Setar.
3. Kompleks Simpang Kuala, Alor Setar.
4. Taman Perindustrian, Mergong, Alor Setar, Kedah.
5. Teluk Wanjah Alor Setar.

Jitra >
Pekan Jitra 2, Jitra.

Ini juga bermaksud, kesemua 6 cawangan Kek Sayang yang disenaraikan di atas tiada perakuan halal dari Jakim.

Saya harap senarai ini mudahkan anda & pembaca lain cari tempat makan yang ada perakuan halal dari JAKIM.

Mohon sokong usaha saya dengan sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Betul ke Kedai Kek Fairy Halal?

Ulasan status halal di portal Jakim ini pula merujuk pada Kedai Kek Fairy yang juga dikenali sebagai Fairy Hot Bread & Cake House.

Ada juga cawangan yang dikenali sebagai Fairy Le Phenomenal.

Menurut rekod Google, pemilikan Kedai Kek Fairy didaftarkan dibawah beberapa nama:

1. Fairy Hot Bread & Cake (House) Jitra Sdn Bhd.
2. Fairy Hot Bread & Cake House (Alor Setar) Sdn Bhd
3. Fairy Hot Bread & Cake House Sdn Bhd.
4. Fairy Pastry (Penang) Sdn Bhd
5. Fairy Pastry (Perlis) Sdn Bhd


Kedai Kek Fairy
Kedai Kek Fairy

Sumber Imej: Imej ini dimiliki oleh Fairy Hot Bread.


Pada FB yang sama turut dilihat sekitar 2014, ada cawangan Kedai kek Fairy yang didaftarkan dibawah nama Al Lazeez Bakery Sdn Bhd.

Salinan sijil halal yang telah tamat tempoh ada ditemui di FB bakeri ini dan pada sijil halal tersebut tertera nama syarikat Fairy Food Industries Sdn Bhd. > Nota: Pada salinan sijil ini tertera tamat pada 15 Sept 2016.

Jadi untuk tentukan status halal bakeri ini, rekod di portal Jakim telah dirujuk pada 14 September 2021 menggunakan keyword “FAIRY” dan “LAZEEZ” kerana nama ini digunakan sebagai nama kedai dan juga nama pemilik serta pengurus cawangan.

Berdasarkan semakan di portal Jakim menunjukkan hanya 2 cawangan saja yang ada perakuan halal dari Jakim iaitu:

1. Fairy Le Phenomenal di Amanjaya Square; beralamat di No. 1, Jalan Cempaka 2/3, Amanjaya Square, Bandar Amanjaya Sungai Petani, Kedah.

2. Kedai Kek Fairy Taman Lagenda Heights; beralamat di 231, Taman Lagenda Heights Sungai Petani, Kedah.

Ini juga bermaksud, cawangan-cawangan Kedai Kek Fairy di lokasi lain tiada perakuan halal dari Jakim dan produk keluaran Fairy Food Industries Sdn Bhd, juga tiada perakuan halal dari Jakim berdasarkan semakan yang telah dibuat.

Saya harap senarai ini mudahkan anda & pembaca lain cari tempat makan yang ada perakuan halal dari JAKIM.

Mohon sokong usaha saya dengan sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Semakan status halal untuk kedua-dua bakeri ini pernah dibuat pada 17 Jun 2021.

Status halal pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.