JomBali Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke JomBali ada sijil halal dari Jakim? Status halal JomBali dirujuk pada rekod Jakim 2021 untuk pastikan anda dapat menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2021.

Untuk pastikan anda dapat maklumat yang sahih, semakan telah dibuat di portal Jakim pada 13 September 2021 menggunakan keyword “JOMBALI”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini juga bermaksud, menu di kesemua cawnagan JomBali TIADA perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

JomBali
Imej ini dimiliki oleh JomBali.
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “JOMBALI” untuk check status halal kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga sebahagian dari nama pemiliknya iaitu “JOMBALI SDN BHD”.

Seperti makluman, restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Cawangan JomBali waktu semakan status halal dibuat seperti di bawah ini:

1. NSK Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
2. Tesco Kajang, Selangor.
3. Ampang Point, Selangor.
4. SACC Mall, Shah Alam, Selangor.
5. Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
6. Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
7. Aeon Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
8. Plaza Shah Alam, Selangor.

Seperti ulasan status halal di atas, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Info Tambahan Penting.

Sebagai info tambahan, waktu semakan status halal ini dibuat, ada posting di FB JomBali bertarikh > 11 April 2013 memaparkan senarai cawangan dan gambar logo halal.

Begitu juga posting di FB JomBali bertarikh > 29 Mac 2013 yang memaparkan logo halal beserta nombor rujukan sijil halal.

Namun gambar sijil halal sebenar tidak ditemui pada FB JomBali.

Di bawah ini gambar seperti yang tertera di FB Jombali pada 2013.

JomBali FB Posting April 2013
JomBali Halal ke Tak?
JomBali FB Posting 29 Mac 2013
JomBali Halal ke Tak?

Untuk makluman, berdasarkan “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) – 2020” terbitan Jakim; setiap perakuan halal mempunyai had tempoh sah iaitu maksima 2 tahun untuk restoren (Jakim meletakkan restoren dibawah kategori Premis Makanan).

Bergantung pada budi bicara Jakim; sesuatu tempoh sah boleh dilanjutkan sehingga 5 tahun.

Ini bermaksud:

  • Sijil halal mempunyai had tempoh sah,
  • Setelah tamat tempoh, sijil halal tersebut perlu diperbaharui atau memohon sijil halal yang baru.
  • Posting di FB pada tahun 2013 seperti yang anda lihat di atas tidak boleh digunakan sebagai pengesahan halal untuk cawangan-cawangan restoren Jombali bagi tahun 2021.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 untuk pastikan samada JomBali halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 4 Julai 2021.

Pada waktu itu statusnya sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.