Skip to content

Tafsiran Istilah Manual Sijil Halal.

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.3 – TAFSIRAN. Prosedur ini menerangkan maksud istilah-istilah yang Jakim guna berkaitan sijil halal yang anda pohon.

AIR MUTLAK” ertinya air yang suci dan dapat menyucikan benda lain serta
boleh digunakan untuk wuduk, mandi wajib dan membersihkan najis. Air
yang tidak dicemari oleh sesuatu yang najis sehingga mengubah bau,
warna, dan rasa air tersebut. Contohnya air perigi, air sungai dan air laut.

ASEAN” ertinya pertubuhan antara Kerajaan serantau yang terdiri daripada
sepuluh (10) negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja,
Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Matlamat penubuhan ASEAN ialah untuk mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi, kemajuan sosial, pembangunan budaya serta mempromosikan
keamanan serantau dan bantuan mengenai hal-hal kepentingan bersama di
rantau ini.

BAHAN BANTUAN PEMPROSESAN” juga dikenali sebagai processing aids.
Ertinya apa-apa bahan sampingan atau tambahan yang digunakan secara
langsung dan/ atau tidak langsung dalam pemprosesan produk. Contohnya
media pembiakan mikroorganisma, pelarut dan bleaching earth.

BAHAN MENTAH” ertinya ramuan atau sebarang bahan primer dan/ atau
sekunder (termasuklah bahan bantuan pemprosesan) yang digunakan untuk
menghasilkan produk.

DAPUR BERPUSAT” ertinya tempat pemprosesan dan penyediaan makanan
dan/ atau minuman halal untuk dibekal dan diedarkan kepada premis
makanan seperti premis makanan berangkai dan premis bergerak. Lazimnya
dapur berpusat akan menyediakan hidangan siap atau separa siap.

DAPUR HOTEL” ertinya tempat pemprosesan dan penyediaan makanan dan/
atau minuman halal di sesebuah hotel termasuklah dapur terbuka (open
kitchen). Bilangan dapur hotel ditentukan berdasarkan kawasan atau ruang
dapur yang memiliki laluan keluar masuk (entry access) yang khusus atau
spesifik.

EKSEKUTIF HALAL” ertinya individu yang bertanggungjawab dalam
memastikan pematuhan halal di sesebuah syarikat atau premis. Eksekutif
Halal hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berikut:
(1) Beragama Islam;
(2) Warganegara Malaysia;
(3) Berjawatan tetap;
(4) Berkelulusan minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana
kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam
pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
(5) Memiliki Sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang
berdaftar di bawah HPB JAKIM

FATWA” ertinya apa-apa ketetapan hukum yang disahkan oleh pihak yang
berkuasa mengenai agama Islam.

HALAL” ertinya perkara-perkara yang dibolehkan dan dibenarkan dalam Islam
berdasarkan Hukum Syarak dan fatwa.

HAYAH AL-MUSTAQIRRAH” ertinya keadaan haiwan sembelihan yang diyakini
masih bernyawa. Hayah al-mustaqirrah boleh dikenal pasti apabila darah
haiwan terpancut semasa disembelih atau adanya pergerakan haiwan
tersebut.

INISIATIF SEGERA PENSIJILAN HALAL MALAYSIA” ertinya prosedur pengurusan
permohonan dan pengeluaran SPHM dalam tempoh yang singkat
berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
berwibawa.

JAWATANKUASA HALAL DALAMAN” ertinya komiti yang dilantik secara rasmi
dan bertulis oleh pengurusan tertinggi syarikat yang bertanggungjawab
membangun, melaksana, memantau dan mengawal keberkesanan
pelaksanaan HAS serta pematuhan terhadap keperluan Pensijilan Halal
Malaysia.

KAWASAN PEMPROSESAN” ertinya meliputi kawasan penerimaan bahan
mentah sehinggalah kawasan produk siap. Ini termasuklah kawasan
penyimpanan bahan mentah dan produk siap, penampan, penimbangan,
penyediaan, pembuatan, pengilangan, pengeluaran, pemprosesan,
pengendalian, pembungkusan, pengedaran, penyajian, penjualan dan lain
lain proses berkaitan di sepanjang rantaian penghasilan produk dan
perkhidmatan.

LOT” ertinya kawasan, blok atau bangunan yang dikhususkan untuk
penggudangan halal sahaja. Lot tersebut hendaklah diasingkan secara fizikal
dan ditandakan dengan jelas.

MANUAL PROSEDUR” ertinya Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
(Domestik) 2020.

NAJIS” ertinya benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
Manakala dari segi Syarak bermaksud segala kekotoran yang menghalang
sahnya solat. Najis juga dihuraikan sebagai bahan cemar yang menggugat
kesihatan diri manusia dan alam sekitar. Pembahagian najis adalah seperti
yang berikut:
(1) Najis mughallazah (berat) iaitu anjing, babi termasuk sebarang cecair
dan objek yang keluar dari rongga, keturunan dan sebarang jenis
terbitan atau derivatif daripada keduanya;
(2) Najis mutawassitah (pertengahan) iaitu selain daripada najis
mughallazah dan najis mukhaffafah seperti muntah, nanah, darah,
arak, bangkai, tahi dan sebagainya; dan
(3) Najis mukhaffafah (ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang
berumur dua (2) tahun dan ke bawah yang hanya menyusu susu ibu
tanpa makanan lain.

NOTA KONSAINAN” ertinya dokumen kontrak pengiriman antara pengeksport
barangan dengan agensi pengangkutan (sama ada melalui darat, laut dan
udara). Nota konsainan mempunyai maklumat terperinci berkenaan pengirim,
pengangkutan, konsainan, bilangan bungkusan, berat, fizikal barang, arahan
tertentu dan lain-lain.

OPEN KITCHEN” juga dikenali sebagai display kitchen/ show kitchen. Ertinya
ruang yang dikhususkan dan ditentukan untuk penyediaan makanan dan
minuman halal secara terbuka di hadapan pelanggan seperti di restoran dan
coffee house.

PEGAWAI PEMERIKSA” ertinya individu yang kompeten dan dilantik oleh pihak
berkuasa berwibawa untuk menjalankan proses pengauditan atau
pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.

PEKERJA MUSLIM” ertinya individu Muslim warganegara Malaysia atau bukan
warganegara selain daripada Eksekutif Halal dan Penyelia Halal yang
diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan dan
jumlahnya tertakluk kepada kategori industri dan skim Pensijilan Halal
Malaysia.

PEMBELIAN BERPUSAT” ertinya aktiviti perolehan dan pembelian secara
berpusat untuk mengawal dan menyemak perbelanjaan syarikat di suatu
lokasi (lazimnya terletak di ibu pejabat).

PENGENDALI MAKANAN” ertinya termasuklah mana-mana orang yang terlibat
secara langsung dalam penyediaan makanan dan minuman; menyentuh
makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan mengendalikan
makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas dalam
mana-mana premis pemprosesan atau penyediaan atau pengendalian
makanan;

PENGUSAHA ATAU PENGELUAR” ertinya pihak yang menjalankan perusahaan
dan pengeluaran termasuklah pembuat, penghasil, pengilang, peniaga bagi
sesuatu produk dan/ atau perkhidmatan.

PENYELIA HALAL” ertinya individu Muslim warganegara Malaysia, berjawatan
tetap dan bertugas untuk menyelia di kawasan pemprosesan produk,
perkhidmatan dan/ atau di bahagian pengurusan yang memenuhi keperluan
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa.

PENYEMBELIHAN” ertinya perbuatan menghilangkan nyawa haiwan yang
halal dimakan oleh Muslim dengan memutuskan saluran pernafasan
(halkum) dan saluran makanan (merih) serta kedua-dua carotid artery dan
jugular vein (wadajain) menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana
Allah.

PERKHIDMATAN LOGISTIK BERSEPADU” juga dikenali sebagai integrated
logistics services. Ertinya syarikat yang menyediakan perkhidmatan
pengangkutan, penggudangan, dan perkhidmatan tambah nilai yang
berkaitan seperti pengedaran, perolehan dan pengurusan rantaian bekalan
secara bersepadu.

PERUNCITAN” ertinya pembelian dan/ atau penjualan produk dan/ atau
barangan terus kepada pengguna. Pengedar (distributor) dan pedagang
(trader) produk dan/ atau barangan juga dikategorikan sebagai peruncit.
“Pihak berkuasa berwibawa” ertinya pihak berkuasa JAKIM, MAIN/ JAIN
atau mana satu yang berkenaan untuk memperaku bahawa mana-mana
makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan
makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Akta Perihal
Dagangan 2011 [Akta 730] melalui Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)
2011.

POLISI HALAL” ertinya pernyataan komitmen jaminan halal dan hala tuju
sesebuah organisasi/ syarikat yang didokumenkan sebagai panduan kepada
semua pihak dalam mematuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

PREMIS” ertinya keseluruhan kawasan, bangunan atau struktur kekal atau
sebaliknya untuk tujuan pengilangan, penyediaan, pemprosesan,
pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, pengedaran, penyajian,
penjualan dan/ atau sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran
produk dan perkhidmatan halal.

PREMIS BERGERAK” ertinya outlet makanan dan minuman yang beroperasi
secara bergerak di lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Penyediaan
dan pemprosesan makanan dan minuman disediakan di dapur berpusat atau
sepenuhnya di premis bergerak tersebut.

PREMIS MAKANAN” ertinya bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau
sebaliknya bagi penyediaan, penyajian dan penjualan sebarang makanan
seperti restoran atau kafe, medan selera, kedai bakeri, kantin, kiosk,
katering, dapur hotel, premis bergerak seperti trak makanan dan lain-lain.
“Produk dagangan” juga dikenali sebagai trading product. Ertinya produk
luar yang dibawa masuk ke dalam premis untuk tujuan penyimpanan,
pelabelan, pengedaran dan penjualan.

PRODUK HALAL” ertinya sebarang produk yang diketahui status halalnya sama
ada dipersijilkan halal atau tidak.

PREMIS MAKANAN BERANGKAI” ertinya premis makanan yang terdiri daripada
tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai
amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian
berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

SENARAI PUTIH” juga dikenali sebagai whitelist. Ertinya senarai syarikat
pemegang SPHM yang komited mematuhi segala prosedur Pensijilan Halal
Malaysia dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
berwibawa.

SERTU” ertinya menyucikan anggota badan, pakaian, tempat, perkakasan
dan peralatan yang bersentuhan dengan najis mughallazah iaitu anjing, babi
dan keturunannya dengan membasuhnya sebanyak tujuh (7) kali, salah
satunya dengan air yang bercampur tanah. Basuhan air yang pertama
hendaklah dicampur dengan tanah kemudian diikuti dengan enam (6) kali
basuhan menggunakan air mutlak atau bersih yang lain.

SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA” ertinya dokumen rasmi pengesahan
status halal berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan
oleh pihak berkuasa berwibawa kepada pemohon SPHM.

SISTEM JAMINAN HALAL” juga dikenali sebagai Halal Assurance System
(HAS). Ertinya satu set prosedur yang digunakan oleh sesebuah organisasi/
syarikat untuk mencapai objektif dalam mengekalkan jaminan halal secara
menyeluruh.

SISTEM KAWALAN DALAMAN” juga dikenali sebagai Internal Halal
Control System (IHCS). Ertinya prosedur kawalan halal dalaman bagi
sesebuah organisasi/ syarikat yang terdiri daripada polisi halal, prosedur
kawalan bahan mentah atau prosedur kawalan risiko halal dan prosedur
kebolehkesanan sebagai langkah kawalan minimum untuk mengekalkan
jaminan halal.

SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA” juga dikenali sebagai Malaysian Halal
Management System (MHMS). Ertinya sistem pengurusan bersepadu yang
dibangun, dilaksana dan dikekalkan oleh sesebuah organisasi/ syarikat
untuk menguruskan produk dan perkhidmatan bagi mengekalkan jaminan
halal melalui IHCS atau HAS.

SKIM PRODUK BARANG GUNAAN” ertinya skim pensijilan produk siap dan/ atau
separa siap yang memberi manfaat kepada pengguna selain daripada
produk makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal atau peranti
perubatan dan memenuhi kriteria ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa.

SKIM PRODUK FARMASEUTIKAL” ertinya skim pensijilan produk farmaseutikal
yang berdaftar dengan PBKD, KKM dalam bentuk dos siap termasuk produk
ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi untuk kegunaan manusia.

SKIM PRODUK KOSMETIK” ertinya skim pensijilan produk kosmetik
bernotifikasi dengan NPRA, KKM yang dihasilkan untuk digunakan pada
bahagian luaran tubuh badan manusia (kulit, rambut, kuku, bibir, organ
genital luaran, gigi dan rongga mulut) bagi tujuan membersih, mewangikan,
memperbaiki atau merubah penampilan atau mencantikkan, menghilangkan
bau badan dan memelihara atau menjaga dalam keadaan yang baik.

SKIM PERKHIDMATAN LOGISTIK” ertinya skim pensijilan yang meliputi
perkhidmatan pengangkutan, penggudangan dan peruncitan termasuklah
perkhidmatan penghantaran makanan.

SKIM PENGILANGAN KONTRAK/ OEM” ertinya skim pensijilan kepada syarikat
yang menyediakan sebarang bentuk perkhidmatan pengilangan produk
kepada syarikat lain secara persetujuan bersama melalui kontrak bertulis.

SKIM PRODUK PERANTI PERUBATAN” ertinya skim pensijilan produk peranti
perubatan yang berdaftar dengan MDA, KKM meliputi apa-apa peralatan,
radas, perkakas, alat, implan, reagen atau kalibrator in vitro, bahan atau
barang lain seumpamanya yang menepati definisi peranti perubatan di
dalam Akta Peranti Perubatan (Akta 737) dan memenuhi kriteria ditetapkan
oleh pihak berkuasa berwibawa.

SKIM PENSIJILAN VETERINAR” ertinya skim jaminan kesihatan haiwan,
keselamatan makanan, jaminan kualiti yang diperkenalkan JPV berasaskan
prinsip HACCP, GMP dan QAP seperti VHM dan GVHP.

SKIM RUMAH SEMBELIHAN” ertinya skim pensijilan kepada syarikat atau
pengusaha premis untuk menyembelih dan memproses haiwan halal secara
komersial bagi kegunaan manusia.

TAULIAH PENYEMBELIH” ertinya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa berwibawa sebagai perakuan kompetensi penyembelih dan/ atau
pemeriksa halal yang bekerja di rumah sembelihan.

TIDAK HALAL” juga dikenali sebagai haram. Ertinya perkara-perkara yang
dilarang dan tidak dibenarkan dalam Islam berdasarkan Hukum Syarak dan
fatwa.