Skip to content

Apa itu manual sijil halal dan bila patut diguna?

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.1 – TAJUK RINGKAS & PEMAKAIAN. Prosedur ini menerangkan apa itu yang dirujuk sebagai “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia” dan bila manual ini patut diguna pakai.

(1) Dokumen ini hendaklah dinamakan Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia (Domestik) 2020 (kemudian daripada ini disebut sebagai “Manual
Prosedur”;

(2) Manual Prosedur ini diterbit berdasarkan APD 2011 [Akta 730] melalui
subperenggan 7(2), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan
Halal) 2011;

(3) Manual Prosedur ini hendaklah dirujuk dan diguna pakai kepada syarikat
dan/ atau pemohon Pensijilan Halal Malaysia yang:
(a) berdaftar di dalam negara atau di luar negara; dan
(b) menjalankan perusahaan atau pengeluaran produk dan/ atau
perkhidmatan di dalam negara.

(4) Manual Prosedur ini hendaklah dirujuk dan dibaca bersama dengan Manual
MHMS 2020, MS, fatwa, perundangan atau peraturan yang berkaitan dan
pekeliling yang diguna pakai dalam Pensijilan Halal Malaysia;

(5) Manual Prosedur ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa dalam Pensijilan Halal
Malaysia; dan

(6) Semua pihak yang terlibat dalam Pensijilan Halal Malaysia hendaklah
mematuhi Manual Prosedur ini.