Ichiban Ramen Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Ichiban Ramen ada sijil halal? Status halal Ichiban Ramen dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih & menu halal.

Selain portal Jakim, Manual Pensijilan Halal Jakim turut dirujuk untuk pastikan anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: 5 DIS 2021 (SEMAKAN KE-4).

Untuk beri anda info yang sahih, semakan kali ke-4 ini telah dibuat di portal Jakim menggunakan keyword “ICHIBAN” kerana perkataan ini sebahagian dari nama restoren ini dan pemiliknya.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk ICHIBAN RAMEN.

Ini juga bermaksud menu di kesemua cawangan retoren makanan Jepun ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Ichiban Ramen
Ichiban Ramen.
Ichiban Ramen Pic 2
Imej salah sebuah restoren Ichiban Ramen.

Ini info tambahan untuk Ichiban Ramen.

Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “ICHIBAN” untuk check status halal restoren ini kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “ZENSHO ICHIBAN MALAYSIA (M) SDN BHD” dan “ICHIBAN RAMEN SDN BHD”.

Seperti makluman, restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Senarai cawangan dibawah ini disediakan sebagai rujukan tambahan untuk anda.

Seperti makluman, kesemua cawangan ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. AEON Bandar Dato’ Onn, Johor Bharu, Johor.
  2. AEON Kinta City, Ipoh, Perak.
  3. AEON Mall Cheras Selatan, Balakong, Selangor.
  4. AEON Mall Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.
  5. AEON Mall Tebrau City, Johor Bharu, Johor.
  6. AEON Mall, Bandar Mahkota, Cheras, Kuala Lumpur.
  7. AEON Mall, Bandaraya Melaka.
  8. AEON Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  9. AEON Mall, Seremban 2, Negeri Sembilan.
  10. AEON Mall, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
  11. IOI Resort City Mall, Putrajaya.
  12. IPC Mall, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  13. Mid Valley Southkey, Johor Bharu, Johor.
  14. Mont Kiara 163, Kuala Lumpur.
  15. Paradigm Mall, Skudai, Johor.
  16. Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  17. Sunway Velocity Mall, Petaling Jaya, Selangor.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-4 untuk check samada Ichiban Ramen halal.

Semakan terdahulu pernah dibuat pada 9 Julai 2021, 3 Ogos 2021 dan 22 Sept 2021.

Status halal restoren makanan Jepun ini pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini adalah sebahagian dari menu di restoren ini dan di sediakan di sini sebagai rujukan tambahan untuk anda.

Seperti makluman, menu di kesemua restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. Beef Ramen.
  2. Big Prawn Ramen.
  3. Chicken Chasu Ramen.
  4. Chicken Karaage Ramen.
  5. Curry Chicken Udon.
  6. Ebi Curry Don.
  7. Ebi Fried Ramen.
  8. Ebi Fried Soba.
  9. Ebi Fried Udon.
  10. Hiyashi Chuka.
  11. Japanese Fried Rice.
  12. Katsu Curry Rice.
  13. Kimuchii Fried Rice.
  14. Kimuchii Ramen.
  15. Nagasaki Ramen.
  16. Osama Ramen.
  17. Prawn & Cuttlefish Ramen.
  18. Prawn & Cuttlefish Spicy Don.
  19. Salmon Fish Don.
  20. Sapporo Miso Ramen.
  21. Seafood Fried Rice.
  22. Seafood Ramen.
  23. Spicy Chicken Ramen.
  24. Sweet & Sour Chicken Don.
  25. Tanaka Chicken Don.
  26. Tenshin Don.
  27. Tomyam Fried Rice.
  28. Unagi Don.
  29. Yaki Soba.
  30. Yaki Udon.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.