01
Kenapa perakuan halal dari Jakim penting? Sebab; tanpa perakuan halal kita tiada jaminan dari pihak berkecuali iaitu Jakim; samada makanan di tempat ini benar-benar halal.
02
Ichiban Ramen dimiliki dan diuruskan oleh “ICHIBAN RAMEN SDN BHD” dan “ZENSHO ICHIBAN MALAYSIA (M) SDN BHD”.
03
Oleh itu, saya buat semakan di portal Jakim pada 23 Januari 2023 guna keyword “ICHIBAN”. Ini adalah semakan status perakuan halal kali ke-7.
04
Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 lokasi saja iaitu yang terletak di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.
Ini bermaksud; lokasi-lokasi lain TIDAK diperakui halal oleh Jakim.
Sijil halal untuk lokasi di Taman Midah itu TIDAK BOLEH digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan-cawangan lain. Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai seperti Ichiban Ramen perlu mendapatkan perakuan halal bagi setiap cawangannya jika ia ingin mengatakan cawangan tersebut sebagai diperakui halal oleh Jakim.
Sumber rujukan: Manual Prosedur pensijilan Halal Malaysia – Prosedur No. 18 (Keperluan Khusus).
05
Semakan perakuan halal; pernah dibuat sebelum ini pada tarikh berikut:
- 9 Julai 2021.
- 3 Ogos 2021.
- 22 Sept 2021.
- 5 Dis 2021.
- 25 Feb 2022.
- 13 Nov 2022 (1 lokasi saja diperakui halal).
06
Anda antara 600,000 Visitors website JomHalal sejak ia dilancarkan pada April 2021.

07
Website ini ditaja oleh Saudara Rizal, Saudari Bibah, Saudari NZA, Saudari Rosni Danif dan 5 hamba Allah yang lain. Anda boleh juga jadi penaja; hanya RM23 sebulan, melalui link ini > Sponsor JomHalal.
08
Klik pada menu untuk lihat status perakuan halal untuk tempat makan lain. Saya harap anda jumpa info yang anda cari.
09
Jika sekiranya tiada; anda boleh terus email saya di nizam@jomhalal.org. Kebiasaanya saya jawab “within few hours” pada hari yang sama.
Anda boleh juga email saya jika ada soalan berkaitan checking yang saya buat ini.
Regards
M Nizam Shah
Pengasas website JomHalal.org
Appendix.
Rujukan tambahan.
MENU.
1. Ajinex (Repacked)
2. Beef Slice 120G
3. Beef Soup
4. Bonito Powder (Repacked)
5. Chicken Gyoza Filling
6. Chicken Gyoza Sauce
7. Chilli Oil
8. Ddakgalbi Sauce
9. Fructose Syrup (Repacked)
10. Ginseng (Repacked)
11. Herb Rose (Repacked)
12. Ichiban Kimchi
13. Japanese Sweet Sauce (Repacked)
14. Jigoku Paste
15. Korean Kimchi
16. Mala Pepper (Repacked)
17. Marinated Chicken Cutlet
18. Marinated Chicken Karaage (Fried Chicken)
19. Miso Paste (Ramen)
20. Mixed Cheese (Repacked)
21. Pine Seed (Repacked)
22. Ramen (Noodle) Sauce
23. Rich Ramen Base Sauce
24. Salt Shoyu Sauce
25. Sambal Chilli
26. Sk Seasoning (Repacked)
27. Spare Rib For Bbq
28. Squid Ring
29. Tom Yam Paste
30. Trimmed Chicken Teriyaki
31. Yaki Udon Sauce
32. Yakiniku Chicken 120G
33. Yakiniku Chicken 500G
34. Yakiniku Sauce