I Love Yoo Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua cawangan I Love Yoo halal? Status halal sebenar I Love Yoo dirujuk pada rekod Jakim 2021 untuk pastikan anda dapat menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 12 SEPTEMBER 2021.

Untuk sahkan status halal I Love Yoo, semakan telah dibuat di portal Jakim pada 12 September 2021 menggunakan keywords “I LOVE YOO” dan “TOP LEADER”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk cawangan cafe ini.

Ini juga bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Tapi website cafe ni kata I Love Yoo ada sijil halal? Jawapan ada pada info tambahan.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

I Love Yoo
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “I LOVE YOO” untuk check status halal kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.

Perkataan “TOP LEADER” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemiliknya iaitu “TOP LEADER SDN BHD”.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Selangor.
  2. AEON Bandaraya Melaka.
  3. AEON Big Bukit Rimau Shah Alam, Selangor.
  4. AEON Cheras Selatan, Balakong, Selangor.
  5. AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan.
  6. AEON Shah Alam, Selangor.
  7. All Seasons George Town Pulau Pinang.
  8. Aman Central, Alor Setar, Kedah.
  9. City Mall, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
  10. Damansara City Mall, Kuala Lumpur.
  11. Desa Park City Kuala Lumpur.
  12. Design Village Outlet Mall, bandar Casia Pulau Pinang.
  13. Ekocheras Mall Kuala Lumpur.
  14. Empire Shopping Gallery Subang Jaya, Selangor.
  15. First World Plaza, Genting Highlands, Pahang.
  16. Gurney Paragon Mall, George Town, Pulau Pinang.
  17. Happy Mansion, Petaling Jaya, Selangor.
  18. Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur.
  19. Hock Choon Supermarket, Jalan Ampang Kuala Lumpur.
  20. I City Shah Alam, Selangor.
  21. Imago Mall, Kota Kinabalu Sabah.
  22. IOI City Mall, Putrajaya.
  23. IPC Mutiara Damansara, Selangor.
  24. Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor.
  25. Kajang, Selangor.
  26. KL Sentral.
  27. KLCC.
  28. KLIA 2, Sepang, Selangor.
  29. KSL City Mall, Taman Abad, Johor Bharu, Johor.
  30. Kubota Sentral, Tawau, Sabah.
  31. Lotus Ampang, Selangor.
  32. Lotus Bandar Manjalara Kepong, Kuala Lumpur.
  33. Megamall, Dataran Pahlawan, Melaka.
  34. Melawati Mall, Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
  35. Mutiaramas gemilang, bentong, Pahang.
  36. MyTown Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
  37. Pantai Hospital, Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.
  38. Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  39. Pavilion Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.
  40. Plaza 333, Penampang Sabah.
  41. Publika Dutamas, Kuala Lumpur.
  42. Putrajaya Sentral.
  43. Quensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  44. Setapak Central, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.
  45. Shell (Persiaran Surian), Sunway Damansara, Selangor.
  46. Sky Avenue, Genting Highlands, Pahang.
  47. Starling Mall, Damansara Utama, Selangor.
  48. Sungai Long, Kajang, Selangor.
  49. Sunway Velocity Cheras, Kuala Lumpur.
  50. Taman Equine Seri Kembangan, Selangor.
  51. Taman Sentosa Baru, Kuantan, Pahang.
  52. Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan Kuala Lumpur.
  53. The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.
  54. The Sphere, Bangsar South City, Kuala Lumpur.
  55. Toppen Taman Desa Tebrau, Johor.
  56. Wetex Parade, Muar, Johor.
  57. Wisma Wirama, Kampung Attap, Kuala Lumpur.
Info Tambahan Penting.

Pada website cafe ini ada tertera penyataan ini “Dapur Pusat kami memiliki Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM. Pengiktirafan tersebut diperolehi pada 1 Julai 2017.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud sijil halal untuk central kitchen tidak boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan DAN setiap cawangan I Love Yoo perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas I Love Yoo kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di setiap cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 untuk pastikan samada I Love Yoo halal.

Semakan status halal sebelum ini pernah dibuat pada 29 Jun 2021.

Status halal pada waktu itu sama seperti yang kita lihat sekarang iaitu kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.