Empire Sushi Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke Empire Sushi halal? Atau cawangan tertentu saja? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat info halal yang sahih.

Selain portal JAKIM, Manual Pensijilan Halal JAKIM turut dirujuk.

Semakan status halal kali ke-6 untuk Empire Sushi ini telah dibuat di portal Jakim pada 25 Feb 2022 menggunakan keyword “EMPIRE SUSHI”.

Perkataan ini digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “EMPIRE SUSHI SDN BHD” dan “EMPIRE SUSHI GROUP SDN BHD”.

Rekod sijl halal ditemui TETAPI tidak untuk semua cawangan Empire Sushi. Hanya 36 cawangan saja dilihat ada perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Cawangan yang ada perakuan halal terletak pada negeri dan pada lokasi yang dinyatakan di bawah ini sahaja.

Lokasi lain yang tidak tersenarai TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Saya harap senarai ini mudahkan anda & pembaca lain cari tempat makan yang ada perakuan halal dari JAKIM.

Mohon sokong usaha saya dengan sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

JOHOR.

  1. Paradigm Mall, Skudai.

KEDAH.

  1. Aman Central, Alor Setar.
  2. Amanjaya Mall, Sungai Petani.
  3. Central Square, Sungai Petani.
  4. Lotus Mergong, Alor Setar.

KELANTAN.

  1. Aeon Mall, Kota Bharu.
  2. Kota Bharu Mall.

MELAKA.

  1. Aeon Bandaraya Melaka.
  2. Lotus Melaka Cheng.

PAHANG.

  1. East Coast Mall, Kuantan.
  2. Kuantan City Mall.

PERAK.

  1. Aeon Ipoh Station 18.
  2. Aeon Kinta City.
  3. Aeon Klebang.
  4. Aeon Seri Manjung.
  5. Aeon Taiping.
  6. Ipoh Parade.

SELANGOR.

  1. 1 Utama, Bandar Utama.
  2. I-City Mall, Shah Alam.
  3. IOI Mall Puchong.
  4. Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

TERENGGANU.

  1. KTCC Mall.
  2. Mesra Mall, Kemaman.

KUALA LUMPUR.

  1. Berjaya Times Square, Jalan Imbi.
  2. Lotus Kepong.
  3. Melawati Mall.
  4. MyTown Jalan Cochrane.
  5. Nu Sentral Jalan Tun Sambathan.
  6. Setapak Sentral.
  7. SOGO
  8. Sunway Putra, Jalan Putra.
  9. Sunway Velocity Cheras.
  10. Suria KLCC.
  11. Wangsa Walk, Wangsa Maju.

PUTRAJAYA.

  1. Alamanda.
  2. IOI Mall.

Ini link STATUS HALAL untuk beberapa restoren sushi yang lain.

Sushi Zanmai
Sushi Mentai
Nippon Sushi
Sushi Ya

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Empire Sushi
Imej ini dimiliki oleh Empire Sushi.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-6 untuk check samada Empire Sushi halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada tarikh berikut:

22 May 2021.

Pada semakan 22 May 2021 hanya 1 cawangan saja berstatus halal iaitu cawangan di Setapak Sentral, Taman Danau Kota, KL dan telah didaftarkan atas nama “Empire Sushi Group Sdn. Bhd“.

Tetapi berdasarkan semakan pada waktu itu (22 May 2021), sijil halal untuk cawangan tersebut ie Setapak Sentral; telah ditarik balik.

12 Julai 2021 dan 2 Ogos 2021.

Kemudian semakan dibuat pada 12 Julai 2021 dan 2 Ogos 2021. Waktu itu TIADA cawangan Empire Sushi yang diiktiraf halal oleh Jakim.

23 Sept 2021.

Perubahan positif kerana 7 cawangan dilihat ada perakuan halal dari JAKIM.

5 Dis 2021 (35 cawangan ada perakuan halal).


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Empire Sushi perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Empire Sushi kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.