Mr Dakgalbi Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke restoren Mr Dakgalbi halal? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat info sahih samada Dakgalbi halal.

Semakan status halal kali ke-7 untuk restoren Mr. Dakgalbi dibuat di portal Jakim pada 25 Feb 2022 menggunakan 2 keywords iaitu “DAKGALBI” dan “DAKNURI”.

Perkataan “DAKGALBI” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini serta nama pemiliknya iaitu “MR DAKGALBI SDN BHD”, manakala “DAKNURI” pula mewakili satu lagi pemiliknya iaitu “DAKNURI SDN BHD”.

Hasil Semakan.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 LOKASI SAJA iaitu yang terletak di Taman Perindustrian UOG Puchong, Selangor saja.

Cawangan-cawangan lain masih TIADA perakuan halal; sama seperti semakan status halal yang terdahulu.

Menurut JAKIM, sijil halal yang ada untuk lokasi di UOG TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan lain. Setiap cawangan perlu ada sijil halalnnya sendiri terutama sekali bila restoren Mr Dakgalbi memiliki lebih dari 20 cawangan.

Rujukan: Klausa 18(4)(F), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan JAKIM.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Mr. Dakgalbi

Info tambahan ini untuk Dakgalbi.

Senarai Cawangan.

Senarai di bawah antara cawangan restoren ini.

Seperti ulasan halal di atas; kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. AEON Bandaraya
  2. AEON Ipoh
  3. Aman Central
  4. Citta Mall
  5. D Pulze
  6. Gurney Plaza
  7. IOI Mall
  8. Leisure Mall
  9. Mont Kiara Solaris
  10. MyTown
  11. Pearl Point Shopping Mall
  12. Publika
  13. Setapak PV 128
  14. Setia City Mall
  15. Setia Walk
  16. SS15 Courtyard
  17. Sunway Pyramid
  18. Sutera Mall
  19. Tropicana City Mall
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-7 untuk check samada Mr Dakgalbi halal.

Semakan terdahulu pernah dibuat pada tarikh berikut:

  • 28 May 2021
  • 8 Julai 2021
  • 4 Ogos 2021
  • 23 Sept 2021
  • 25 Nov 2021
  • 5 Dis 2021

Status halal untuk kesemua cawangan pada waktu itu adalah sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini antara menu yang dihidangkan di restoren ini.

Seperti makluman kesemua menu restoren ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

  1. Beef Fried Rice
  2. Bulgogi Dakgalbi
  3. Cheese Fondue Dakgalbi
  4. Chicken Fried Rice
  5. Fried Rice.
  6. Octopus Dakgalbi
  7. Seafood Dakgalbi
  8. Special Fried Rice

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.