Chilis Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke menu restoren Chilis halal? Rekod JAKIM dirujuk supaya anda dapat info sahih berkaitan status restoren ini.

TARIKH KEMASKINI: 24 NOV 2021 (SEMAKAN PERTAMA).

Semakan status halal kali pertama untuk restoren ini telah dibuat menggunakan keywords “CHILI”, “TAS”, “T.A.S”,”LEISURE” dan “TEX” di portal halal JAKIM kerana perkataan ini sebahagian dari nama restoren serta pemiliknya.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk CHILIS.

Ini bermaksud, menu di kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Ada segelintir penulis online dan media sosial yang mengatakan restoren ini menggunakan bahan-bahan yang halal. Persoalannya, bagaimana mereka boleh begitu yakin sedangkan restoren ini tiada perakuan atau jaminan halal dari JAKIM?

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Chilis

Info tambahan ini untuk Chillis.

Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal guna perkataan “CHILI” kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “TAS”, “T.A.S” dan “LEISURE” pula digunakan kerana is sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “T.A.S LEISURE SDN BHD”.

Perkataan “TEX” pula digunakan kerana restoren ini turut dilihat beberapa kali dirujuk di online sebagai “TEX MEX restaurant”.

Seperti makluman, restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM termasuk lokasi di bawah.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  3. Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor.
  4. G Hotel, Persiaran Gurney, Pulau Pinang.
  5. Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor.
  6. KLCC.
  7. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  8. Mont Kiara 163, Kuala Lumpur.
  9. Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sellangor.
  10. Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
  11. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
  12. Sunway Velocity, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Chilis halal.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.