Sushi Tei halal ke?
Semua cawangan Sushi Tei TIADA sijil halal dari Jakim.
Ringkasan status sijil halal untuk kedai makan yang sediakan menu makanan JEPUN sebagai menu utama. // Senarai di bawah.
Semua cawangan Sushi Tei TIADA sijil halal dari Jakim.
Semua cawangan Mr Teppanyaki dan Mr Teppanyaki Express TIADA sijil halal.
4 cawangan Gindaco ada sijil halal iaitu 2 di Selangor dan 2 di KL.
Hanya cawangan Pepper Lunch di KL East Mall saja ada sijil halal dari Jakim.
Cawangan Kimukatsu di KL East Mall KL ada sijil halal dari Jakim.
Kesemua cawangan Ramen Village TIADA sijil halal.
Kesemua cawangan Rakuzen TIADA sijil halal dari Jakim.
Hanya cawangan Sushi Brito di Spice Canopy Bayan Lepas ada sijil halal.
Sakae Sushi TIADA sijil halal dari Jakim. Ini semakan kali pertama dalam tahun 2023.
Genki Sushi TIADA sijil halal dari Jakim. Ini semakan pertama sejak 2023.