Skip to content

Cara bayar sijil halal.

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.15 – CARA PEMBAYARAN. Prosedur ini menerangkan cara-cara buat bayaran yang berkaitan dengan sijil halal anda.

(1) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah membuat bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima surat caj melalui sistem MYeHALAL;

(2) Kaedah pembayaran fi hendaklah merujuk kepada pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan tersebut secara:
(a) Wang pos (postal order);
(b) Kiriman wang (money order);
(c) Draf bank (bank draft);
(d) Bayaran dalam talian (online payment);
(e) Cek; atau
(f) Tunai.

(3) Pembayaran fi hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah JAKIM atau MAIN atau JAIN atau Kerajaan Negeri (yang mana berkaitan);

(4) Pembayaran fi cetakan semula SPHM, nota konsainan dan cetakan poster logo halal hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah JAKIM;

(5) Setiap pembayaran fi yang telah dijelaskan hendaklah dikeluarkan resit bayaran;

(6) Salinan resit pembayaran hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa berwibawa (Bahagian Pengurusan Halal) yang menguruskan permohonan tersebut (jika berkaitan);

(7) Fi yang telah dibayar hendaklah tidak akan dikembalikan dan hendaklah tidak boleh dipindahkan ke permohonan lain; dan

(8) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa mengenakan fi tambahan sekiranya maklumat penentuan kadar fi yang dikemukakan oleh syarikat dan/ atau pemohon adalah tidak tepat.

Pegawai berkenaan diberikan kuasa untuk beri pengecualian terhadap caj-caj di atas dan hal ini dinyatakan pada PROSEDUR NO.16 – PENGECUALIAN FI ATAU CAJ BAYARAN.