Untuk tambah menu pada sijil halal, fi atau caj berkaitan dinyatakan pada PROSEDUR NO.10 – PENAMBAHAN MENU.
Setiap permohonan penambahan menu termasuklah menu promosi bagi pemegang SPHM di bawah skim premis makanan hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak RM200.00 sahaja bagi tempoh dua (2) tahun.
Untuk cetak poster logo halal pula, fi atau caj berkaitan dinyatakan pada PROSEDUR NO.11 – CETAKAN POSTER LOGO HALAL.
Cetakan poster logo halal bagi pemegang SPHM skim premis makanan hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak RM50.00 sahaja bagi setiap keping poster.