Skip to content

Fi atau caj untuk sijil halal produk dan perkhidmatan.

Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.8 – FI UNTUK PENSIJILAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN. Prosedur ini menerangkan fi atau caj khusus yang perlu dibayar bagi mereka yang memohon sijil halal untuk 8 kategori iaitu Makanan & Perkhidmatan, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan, Logistik, Pengilangan Kontrak/OEM, Peranti Perubatan dan Dapur Berpusat.

(1) Setiap permohonan baharu dan pembaharuan produk bagi skim Pensijilan
Halal Malaysia (Domestik) hendaklah dikenakan bayaran fi seperti Jadual 1
di bawah. Bayaran ditentukan mengikut nilai perolehan (pendapatan) tahunan:

Jadual 1: Kadar Fi Pensijilan Produk dan Perkhidmatan Mengikut Kategori

  • Perolehan tahunan kurang dari RM300,000 dianggap sebagai Industri Mikro dan dikenakan caj RM100 setahun.
  • Perolehan tahunan antara RM300,000 hingga RM14,999,999.99 dianggap sebagai Industri Kecil dan dikenakan caj RM400 setahun.
  • Perolehan tahunan antara RM15 juta hingga RM50 juta dianggap sebagai Industri Sederhana dan dikenakan caj RM700 setahun.
  • Perolehan tahunan lebih RM50 juta dianggap sebagai Industri Besar dan dikenakan caj RM1,00 setahun.

(2) Tanpa terikat dengan Prosedur 8 (1) Manual Prosedur ini, setiap permohonan yang melibatkan syarikat dan/ atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara hendaklah dikenakan bayaran fi seperti Jadual 2 di bawah. Caj ini terpakai untuk 5 kategori permohonan sijil halal iaitu untuk Makanan dan Minuman, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan dan Peranti Perubatan. Caj pula tertakluk samada syarikat berasal dari ASEAN atau selain ASEAN.

Jadual 2: Kadar Fi Pensijilan Pengilangan Produk Secara Kontrak (Syarikat Luar Negara) Mengikut Kategori Pemohon.

  • Untuk syarikat dari negara ASEAN, cajnya ialah RM2,500 setahun.
  • Untuk syarikat dari negara bukan ASEAN, cajnya ialah RM10,000 setahun.