Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.7 – FI UNTUK PEMPROSESAN. Prosedur ini menerangkan fi atau caj khusus untuk proses permohonan sijil halal anda.
(1) Setiap permohonan di bawah Pensijilan Halal Malaysia (Domestik)
hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh
(RM20.00) sahaja; dan
(2) Tanpa terikat dengan Prosedur 7 (1) Manual Prosedur ini, setiap
permohonan yang melibatkan syarikat dan/ atau pemohon yang berdaftar di
luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara
hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus
(RM200.00) sahaja.