Bahagian ini disebut oleh Jakim sebagai PROSEDUR NO.13 – FI UNTUK CETAKAN SEMULA SIJIL. Caj samada RM50 atau RM1,000 bagi setiap keping sijil.
(1) Setiap permohonan untuk mencetak semula SPHM hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak RM50 sahaja bagi setiap keping sijil; dan
(2) Tanpa terikat dengan Prosedur 13 (1) Manual Prosedur ini, setiap permohonan untuk mencetak semula SPHM yang melibatkan syarikat dan/atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak RM1,000 sahaja.