Butter Olive Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua cawangan Butter Olive halal? Status halal Butter Olive Bakery dirujuk pada rekod Jakim 2021 supaya anda dapat info sahih dan menu halal.

TARIKH KEMASKINI: 9 SEPTEMBER 2021.

Sebagai pencerahan, ulasan status halal ini ialah untuk Butter Olive bakeri atau nama sebenarnya Butter & Olive Pastry; dengan logo seperti di bawah.

Butter Olive
Imej ini dimiliki oleh Butter Olive.

Untuk beri anda info yang sahih, rujukan telah dibuat di portal Jakim pada 9 September 2021 menggunakan keyword “BUTTER”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini juga bermaksud menu di kesemua cawangan bakeri ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “BUTTER” untuk check status halal kerana ia sebahagian dari nama bakeri ini dan juga nama pemiliknya iaitu “BUTTER & OLIVE PASTRY HOUSE (KLUANG) SDN. BHD” dan “BUTTER & OLIVE PASTRY HOUSE (OUG) SDN BHD”.

Seperti makluman, bakeri ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman di atas, cawangan-cawangan bakeri ini TIADA perakuan halal dari Jakim termasuk senarai di bawah ini.

  1. OUG: A 12, Jalan Hujan Emas 4, Taman Overseas Union, Kuala Lumpur.
  2. Mahkota Cheras: 51, Jalan Temenggung 11/9, Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Kuala Lumpur.
  3. USJ: 14, Ground Floor, Jalan USJ 10/1E Taipan, Subang Jaya, Selangor.
  4. Bandar Bukit Tinggi: 31-0, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
  5. Melaka Cheng: 114 & 116, Jalan CB 1, Taman Cheng Baru, Melaka.
  6. Malim: A1-G-150, Jalan Rahmat 1, Taman Malim Jaya, Melaka.
  7. Bayan Lepas: 33, Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  8. Sungai Dua: 676-G-1, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang.
  9. Raja Uda: 6553, Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang.
  10. Jalan Perak: 32-A, Ground Floor, Jalan Perak, Pulau Pinang.
Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Butter Olive perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Butter Olive kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini petikan tafsiran Jakim:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 untuk check samada Butter Olive halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 14 Julai 2021.

Status halal pada waktu itu sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu cawangan-cawangan Bakeri ini TIADA perakuan halal dari Jakim.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Senarai menu ini disediakan sebagai rujukan tambahan untuk anda.

Seperti makluman di atas, cawangan-cawangan bakeri ini TIADA perakuan halal dari Jakim (mohon lihat Info Tambahan Penting).

  1. Almond Mix Fruit Swiss Roll
  2. Angel Berries Swiss Roll
  3. baba Nyonya Coconut
  4. Black Sesame
  5. Black Sesame Swiss Roll
  6. Blueberry Flower
  7. Brown Sugar
  8. Chocolate Oreo Swiss Roll
  9. Classic French Boule
  10. Coffee Swiss Roll
  11. Egg Pudding
  12. Euro Walnut
  13. Garlic Bacon
  14. Green Tea Swiss Roll
  15. Hanjuku Cheese
  16. Hokkaido Cake
  17. Hot Dog Cheese
  18. japanese Red Bean Sesame
  19. Multigrain Pumpkin Seed / Sunflower Seed
  20. Multigrain Sunflower Seed/ Chia Seed
  21. Oatmeal Swiss Roll
  22. Oregano Focaccia
  23. Panda Swiss Roll
  24. Peanut & Banana
  25. Raisin Plait
  26. Rustic Italian Ciabatta
  27. Rye Bread Raisin
  28. Semolina
  29. Snow Caterpillar

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.